Tuesday, March 24, 2015

Checklist Persediaan Perkahwinan

Assalammualaikum.
Bila semak semula fail-fail yang ada dalam laptop ini, terbukalah satu fail yang bertajuk "Aliah Wedding Prep". Banyak sangat memori dalam fail ini. Semua benda ada dalam ini! Daripada bajet perkahwinan, sampailah ke senarai tetamu, template untuk photobooth, borang kursus kahwin pun ada! Itu tak termasuk contoh baju pengantin, pelamin dan kek pengantin yang berkenan di hati. Hihihi. 

Dalam post ini, saya akan share beberapa dokumen yang saya rasa amat membantu saya. Semuanya saya download daripada website pengantin atau blog orang lain (dengan izin mereka ya). Tapi saya dah lupa blog siapa! Huhu. Download 2 tahun yang lepas kan. Ampun tuan empunya! Kalau anda tahu dari blog mana, tinggalkan link blog dalam ruangan komen. Oleh itu, saya akan "edit" semula post ini berserta kredit kepada penulis blog berkenaan.

1. Check-list Persediaan Perkahwinan daripa impianpengantin.com

2. Prosedur Perkahwinan Islam di Malaysia

3. Budget Perkahwinan (dalam bentuk excel)

4. Aturcara Majlis

5. Visual kedudukan dalam dewan

6. Template photobooth

Alamak! Baru tahu tak boleh upload dokumen di blog. Huhu. Ampun saya orang baru! Tak mengapa. Kalau ada yang berminat untuk 6 dokumen di atas, boleh email terus pada saya ok di lyazannierah@gmail.com. Semoga bermanfaat! 



Thursday, March 19, 2015

Porridge Recipe for 6 months Baby

Assalammualaikum

Ayyash is now 6 months 10 days. How time flies right? He used to become as small as 3.9 kg when he was born. But now he is 8.6 kg big boy! Alhamdulillah.

So, when a baby reached 6 months, you can start giving him solid food. In Malaysia, the common first solid food to introduce is rice porridge. Even though Ayyash do not eat porridge as much as fruit puree (he really loves fruit!), but I still feed him everyday to make sure that he want to eat rice later on. If not, when he is smart enough to reject food, there will be no more rice for him. 

Since Ayyash is very picky in eating rice porridge, I need to be more creative to think and more hardworking to modify and try new recipes for him. Today, I am making rice porridge with pumpkin for him. 


Tadaa! I really love the yellow colour given by the pumpkin. And that also help to capture Ayyash interest to eat the porridge.

So, how to make this porridge?

First, you need to have rice, pumpkin and anchovies. 
The pumpkin needs to be seeded off. The rice and the anchovies need to be clean well ( I took off the bones as       well)
Put everything inside the pot with water. 
Wait until everything soften and the rice cooked well.
Transfer them to the blender.
Blend well with some water. 
Keep inside the food thermos to keep the warm.

Tips: 
If you do not like pumpkin (not you, the baby. Haha), you can always replace it with carrot, broccoli or chicken and fish.
If you do not like anchovies, just take it off. But remember, anchovies is a good source of calcium for babies.
Add small amount of olive oil to your porridge while cooking it, so that the oil can be the source of fat. 
You can dry blend the rice so that it will cook faster.
Use Zam Zam water during blending of the porridge and selawat banyak-banyak during cooking. 

Then, you will get a healthy porridge
Complete with carbohydrate, protein, minerals, vitamins and fat!




Wednesday, March 18, 2015

Cosatto Baby Changing and Bathtub: My Personal Review

Assalammualaikum

My Pinky Cosatto Baby Changing and Bathtub was bought during our Master study in UK. This was actually his Papa idea to buy this trolley because he thinks it was rare in Malaysia. (Really?)

Why its pink while your baby is a boy? 
[frequent question that I have got]

So what? Boy cant use pinky stuff? Come on! He still a baby. 
Do not limit his world with this perception.
Hahahaha. Padan muka kena balik.

I really love this Cosatto! 


First, because it has a lot of trays that help me a lot to organize all these baby small things. The first tray I put her napkins, hand towels and bibs. Second tray is for her booties and mittens. Third trays is for his shoesssss (like mama has a lot of shoes. Hahaha). Then, I put all the need for bath and changing below the trays which has bigger space. Pampers, wipes, napkins, towels and etc. Inside the hanging space, I just put my baby bath book as my MooGoo baby shampoo is so big and cannot fit inside. T_T

On top of the trolley, it has soft surface like a changing mat for your baby to get change right after he took his bath. So, at first you take up this changing mat, below it has the bath tub. Just fill in the water inside, it has small white stopper to stop the water from flowing out. After finished bath, put back the lid to get change. See, simple right?! To get rid of water, just pull off the stopper and direct the tube into your bathroom. So, it is recommended to put this Casotto next to your bathroom. It also comes with wheel for moving wherever you want.





It is recommended to use from newborn until 12 months baby. For me, you can use as long as you want until your baby cannot fit more inside the tube. Hahahaha. This is why I love this Cosatto so much! It makes my life easier. Getting bath twice a day for an active baby is now a happy routine!

Tuesday, March 17, 2015

Malaccana Restaurant: Restoran Makanan Barat di Melaka

Assalammualaikum.

MALACCANA RESTAURANT.

Restoran ini adalah hasil gabungan idea kami sekeluarga. Bermula daripada Angah yang merupakan graduan UiTM Shah Alam dalam bidang Pengurusan Hotel, bergabung dengan idea Abah yang merupakan businessman tegar!

Abah memilih lokasi di Durian Tunggal, Melaka kerana beberapa faktor. Antaranya di Durian Tunggal masih belum terdapat restoran yang menyajikan makanan barat dan berkonsepkan "fine dining". Kebanyakkan berkonsepkan warung santai. Kedua, abah percaya dan yakin bahawa Durian Tunggal akan bakal menjadi sebuah kawasan maju kerana ia terletak hanya 5 minit dari tol Ayer Keroh. 

Pelbagai cabaran yang terpaksa kami tempuhi. Yang paling utama ialah bagaimana untuk memberikan harga yang paling berpatutan dengan menu yang dihidangkan kerana bahan mentah untuk makanan barat adalah mahal, tetapi kebanyakkan pelanggan kami bukannya dari golongan elit. Kedua ialah cara mempromosikan kedai kami kerana kawasan ini masih baru dan tidak terletak di jalan utama.

Namun, itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perniagaan ini. Antara promosi yang telah kami lakukan adalah menggunakan, media cetak seperti flyers dan banner, media massa seperti FB dan Groupon. Post akan datang saya akan ceritakan bagaiman kami mempromosi perniagaan kami menggunakan Groupon! Pecayalah, ia sangat membuahkan hasil. Doakan kami untuk terus maju ya!

This is Malaccana Restaurant.
Located at Durian Tunggal, Melaka.
Served both Western foods and Malay cuisine.

Lets dig in!


Grilled chicken burger with black pepper sauce

Tempura seafood spagetti.

Please LIKE our Facebook page for more information and promotion at:
https://www.facebook.com/malaccana/timeline

Tuesday, March 3, 2015

Winter Graduation 2014, University of Leeds.

Assalammualaikum

Alhamdulillah. On 16th December 2014, I was officially graduated from University of Leeds with Distinction. :D Even though my parents and family were not here for this event, having Ayyash and Hubby on my side were more than enough. Plus, a big Malaysian family in Leeds was there too to share my happiness. Thank you guys!. 

The process to register your attendance for your graduation ceremony here was as simple. Compared to my previous graduation ceremony in IIUM. Huhu. 

First, you will receive emails regarding this ceremony. First email is a confirmation email whether you will attend or not and how many guests that you will bring into the hall (maximum 2 persons). Second email will be on booking your robe and hat. You will be asked about your course, gender, size and height. Then, online payment will be required for the hire of the robe and hat. Mine was 51 pounds. Phewww. You need to keep the receipt so that you will bring to the hall on that day to claim your robe. Apart from robe and hat, you can also purchase for photography session which come in different packages. There will be a dateline for the payment. You will always receive a reminder email regarding this dateline.

So, on that day, be early of course at least 90 minutes before your ceremony begin. Bring your receipt and student ID. Claim your robe and hat. Dress up! Give the guest tickets to your guests. Remind your guest to take a lot of pictures. Hahaha! Walk to the hall and let the usher tell you what to do. Thats ALL!

Here are some pictures taken during the ceremony. I hope that I have made my family, especially Abah & Mama proud of me! And for my Ayyash, one day I will tell you the story of you attending Master classes since you were one month in my womb. You should be a smart boy. :D

Received scroll from the University's director.  I managed to avoid shaking hand with him, in a polite way of course. And he was so friendly and cute!

My strong pillars, while in Leeds and in my life! Thanks a lot hubby for everything, and you too my cutie pie Ahmed Ayyash.

My besties in Leeds: Sue (in blue scarf), Nely (in green scarf) and Baitul (not in picture).


My small yet big family in Leeds! Thanks everyone for coming!

Thursday, February 26, 2015

Maksud nama Ahmed Ayyash

Assalammualaikum.


Belanja gambar Ayyash di musim luruh. Hihi.

Nama "Ahmed" diberi bersempena dengan nama arwah ayah suami, iaitu atuk Ayyash. Tapi maksudnya sama dengan Muhammad.

Nama "Ayyash" bermaksud orang yang kuat bekerja. Mendapat idea untuk meletak nama Ayyash bermula daripada membaca kisah Bridget Al-Qassam yang mempunyai jurutera bernama Ayyash yang sangat hebat!

Terciptalah nama Ahmed Ayyash bin Aniq Ayadi. :)

Wednesday, February 25, 2015

Pengalaman bersalin di Leeds, UK (Bahagian 2)

Assalammualaikum.

Post ini dah tertulis Bahagian 2. Bermakna ini adalah sambungan untuk Bahagian 1. Sebelum baca post yang ini, bacalah post Bahagian 1. Baru best!

Midwife pecahkan air ketuban guna macam batang besi yang ada cangkuk. Itulah yang husband aku ceritakan. Entah ya entah tidak. Hahaha. Tapi sakitnya memang Allah saja yang tahu. Terus rasa nak meneran. Husband aku cakap mata aku dah pandang ke atas je, macam orang nazak tu. Takut dia tengok. Memang dalam hati aku asyik sebut "Allah, Allah, Allah". Semua doa hilang, lupa terus! Nama Allah saja yang aku ingat. Macam mana lah kan kita mati nanti. Hemmm.

Mula-mula cara meneran aku salah. Sebab cara meneran aku keluar bunyi daripada mulut. Midwife cakap aku akan lebih cepat hilang tenaga kalau macam tu. Dia suruh deep breath dan teran ke dalam. Macam nak berak tu. Agaknya terlalu sakit, cara nak berak pun aku lupa. Haha. Berapa kali push pun aku tak ingat. Tapi memang banyak kali. Sampai midwife tu nak panggil doktot dah untuk bedah.

Alhamduillah. Tanggal 10 April 2014, tepat jam 11.20 pagi, lahirlah Ahmed Ayyash bin Aniq Ayadi. Bila keluar saja anak tu dripada rahim, aku menangis sepuas hati. Menangis macam orang hilang akal. Aku pun tak tahu kenapa. Rasa macam tadi Allah nak tarik nyawa aku. Lepas itu, Allah bagi peluang kedua untuk aku hidup semula dan hilangkan semua kesakitan aku rasa tadi. Rasa lega. Rasa bersyukur. Raa seronok. Bercampur semuanya. Susah nak describe mcam mana perasaan itu. Alhamdulillah. Dan aku tak sangka aku sudah menjadi seorang ibu.

Aku pun rasa penat sangat dan bersedia nak tidur. Midwife datang bagi husband potong tali pusat dan balutkan Ayyash. Bila husband azankan Ayyash, rasa syahdu sangat. Tiba-tiba doktor datang untuk cek koyak. Bila cek, katanya koyak dikategorikan sebagai Third Degree Tare. Kira besar jugaklah. Nak tahu sebab apa? Sebab anak aku 3.9kg. Hahahaha. Dia minta sign untuk epidural digunakan sebelum pembehan jahitan. Aku pun dah tak kisah dah dia nak buat apa kat diri aku time tu. Aku sign dan pesan kat husband tolong jaga anak sampai aku selesai jahitan.

Proses epidural sekejap sahaja. Aku dengar macam-macam yang positif dan negatif tentang epidural. Long term effect and short term effect. Sebab itu aku tak ambil epi masa beranak. Tapi masa jahitan ini aku tak ada piliham lain.

Selesai semuanya, aku ditolak ke bilik ward sementara di mana aku di ajar untuk mengeluarkan susu menggunakan picitan jari. Susah dan sakit! Tapi mengenangkan aku punya tekad nak full breastfeed Ayyash, teruskan juga. Sekurang-kurangnya jauh lebih senang berbanding bersalin. Hahaha.

2 malam juga aku kena tidur ward sebab iron level aku rendah. Sampai aku kena drip masuk iron dalam bentuk cecair. Itulah padahnya malas nak makan vitamin masa mengandung. Nasib baik tak bagi kesan apa-apa pada Ayyash.

Ayyash selesai injection BCG.
Ayyash selesai checkup satu badan.
Aku selesai dengan iron drip dan jahitan.
Badan pun dah rasa sihat.
Aku pun dah reti nak BF anak.

Yeayyy! Boleh keluar hospital. Dan bermulalah episod berpantang anak pertama tanpa mama atau ahli keluarga di sisi. :')

Pengalaman bersalin di Leeds, UK.

Assalammualaikum.

Post ini di'request' oleh kakak aku sebenarnya.

"Dik, best tak bersalin kat sana?"

"Ada best ada tak best jugak kak lang. Yang bestnya FREE!" Hahahaha.

Ok. Masa dah nak dekat dengan due date, aku ada appoinment dengan midwife dua minggu sekali. Setiap appoinment, midwife akan buat regular checkup dan bincang dengan kita tentang topik-topik tertentu. Setiap pregnant lady akan ada fail berwarna putih (macam buku pink di Malaysia). Jadi pergi mana-mana kenalah bawak buku tu.

8 September. Subuh tu aku ada keluar tanda darah+lendir berwarna pink. Terkejut jugak aku. Ingatkan darah apa. Bila google dan tanya Dr. Mun (kakak usrah yang merupakan HO di sini), rupanya itu petanda nak bersalin. Seharian tu aku dah mula rasa sakit contraction tu sedikit demi sedikit. Tapi gagah lagi tau pergi minum hot chocolate dengan waffle dekat Cafe Pakistan depan universiti. Kononnya nak senang beranak, jadi aku pun berjalan lah lagi. Huhuhu.

9 September. Sepanjang malam aku tak dapat tidur sebab sentiasa terjaga bila sakit contraction tu datang. Menangis. Badan rasa penat nak tidur tapi tak tahan sakit. Pagi tu dalam pukul 6.30 pagi, aku telefon Maternity Unit. Sebelum datang hospital, kena call unit ni dulu. Nanti midwife tu akan cakap ko patut datang hospital ke tak. Bila aku call, midwife cakap datanglah kalau nak dia cek. Aku pun pergi hospital.

Sampai LGI (Leeds General Infimary), aku masuk ward bersalin. Midwife cek bukaan vagina baru 2cm. Midwife suruh pergi jalan-jalan sekejap. Pukul 10.30pagi datang semula. Kalau bukaan masa tu dah 4cm, dia masukkan dalam labour room. Kami pun pergi Costa Cafe sarapan dan berjalan-jalan lagi. Tapi bila balik semula, masih 2cm. Kami pun balik rumah dahulu.

Contraction datang semakin kerap. Menangis aku menahan. Memang masa tu rasa cepatlah bersalin. Sebelum ni bila dengar kawan-kawan kata bersalin tu sakit, aku pun takut nak bersalin. Tapi bila dah duduk tahan contraction tu, hilang semua rasa takut. Nak cepatlah bersalin!

Waktu Maghrib, Wani, Jun dan Asiah datang rumah. Temankan aku menahan sakit. Borak dengan diorang terlupa lah kejap sakitnya. Dalam pukul 10 malam diorang pun balik. Aku pun bersiap nak tidur. Pukul 12 malam dah tak tahan sangat contraction, suami telefon hospital. Sampai sana, bukaan dah 5cm. Aku pun masuk labour room.

Labour room di sini setiap pesakit satu bilik. Dalam bilik, ada attached bathroom. Setiap pesakit dijaga oleh 2 orang midwife. Masuk je dalam tu, midwife perkenalkan diri. Dia ambil semua rekod diri. Kemudian, dia offer kita nak method apa untuk percepatkan bukaan ke 10 cm. Duduk atas gym ball, sedut gas untuk legakan contraction, baring dalam bath tub. Aku pun pilih bath tub. Fuhhh. Masa tu rasa macam orang kaya kejap. Baring dalam bath tub, ada pelayan ambilkan air. Tanya kita ok ke tak. LOL. Duduk dalam tu sampailah pukul 4 pagi. Midwife suruh kembali ke katil sebab dia nak cek bukaan. Baru 7cm. Huhuhu.

Lepas tu, aku cuba duduk atas bola pulak. Bumpinglah atas bola tu berapa jam. Badan dah penat menahan sakit. Mata dah mengantuk sangat. Perut pun lapar. Tapi disebabkan sakit sangat contraction tu, tak daya nak buat pape. Pukul 8 pagi midwife cek semula dah 9cm. Midwife decides untuk pecahkan air ketuban. Bila air pecah je, terus rasa nak meneran.

Nak beranak dah!

Bersambung~