Monday, June 10, 2013

PIES: Physical, Intellectual, Emotional, Spiritual

Assalammualaikum.

Semalam driving balik dari kerja, memang favourite aku untuk dengar program Usrah Rohani di Ikim.fm. Best! Rasa rinduuu sangat nak berusrah semula. Macam di UIA dulu. Sekarang masih mencari usrah yang paling hampir dengan rumah, dan masa yang sesuai. Almakllumlah, sudah berumahtangga. :P

Topik yang ustaz bincangkan semalam ialah Ibrah Isra' dan Mi'raj. Ustaz mengupas dari sudut memberi rehat untuk diri sendiri setelah bekerja setiap hari. Setiap hari kita akan bekerja. Bekerja dan terus bekerja. Ada sebaagian daripada kita yang memandang karier yang dilakukan amat penting dan menganggap jika kita sentiasa bekerja tanpa henti, bermakna kita seorang yang komited dalam kerja kita.

Salah sebenarnya!

Ustaz bawakan konsep "Sharpen the saw". Jika seorang tukang kayu, yang kerjanya setiap hari adalah memotong kayu dengan gergaji. Setiap hari dia melakukan kerjanya tanpa henti. Lama-kelamaan, gergajinya akan tumpul. Jika dia tidak mengambil masa rehat untuk menajamkan semula gergajinya tadi, adakah kerjanya akan terus efisien?

Tidak!

Kerana gergajinya akan semakin tumpul, maka kerjanya akan menjadi lambat dan kualiti kerjanya menurun!

Begitu juga dengan dakwah Rasulallah s.a.w. Setiap hari Nabi saw berdakwah kepada umatnya. Dan Allah mengangkat Nabi untuk peristiwa Isra' dan Mi'raj untuk apa? Untuk memberi masa "rehat" yang berkualiti untuk Nabi saw. Dan selepas rehatnya itu, barulah Allah mendatangkan ujian-ujian dakwah yang lebih berat kepada Nabi saw.

Apabila kita sebagai seorang manusia terlalu sibuk dengan tugas seharian, adakah jadual kita itu seimbang dari segi Physical, Intellectual, Emotional dan Spiritual?

PIES. bukan pie yang ini ok. 



 yes. PIES yang ini!

Mudah untuk kita kaji adakah kita seimbang atau tidak. Ustaz memberikan 4 soalan yang kita seharusnya tanya pada diri kita setiap hari. Atau setiap masa sebelum membuka lembaran hari atau minggu atau bulan yang baru.

(Physical) Jika anda disahkan oleh doktor yang anda menghidap penyakit kencing manis, apa yang anda akan lakukan?

Pastinya anda akan terus mengubah cara hidup anda (bersenam dan gaya pemakanan) kepada yang lebih sihat bukan?

(Intellectual) Jika anda mengetahui bahawa idea-idea anda, pendapat, ilmu yang anda miliki sekarang sudah tidak relevant untuk digunakan dalam masa 2 tahun lagi. Apa yang anda akan lakukan?

Sekarang juga kita akan membaca buku setiap hari, dan menggunakan kemudahan internet untuk menambah ilmu di dada.

(Emotional) Jika setiap apa yang terdetik di hati dan fikiran anda, yang anda tidak sebut pun pada orang lain, tetapi orang lain dapat mendengar atau tahu akannya. Apa yang anda akan lakukan?

Semestinya kita akan terus berhenti memperkatakan yang buruk terhadap orang lain, mengumpat, dengki, buang semua penyakit hati. Dan sentiasa bersangka baik kepada orang lain.

(Spiritual) Jika anda tahu bila anda akan mati, apa yang anda akan lakukan? Apa bekalan pahala yang anda akan tinggalkan? Apa ilmu yang anda telah sampaikan? Apa sumbangan yang telah anda berikan?

Esok? lusa? Sekarang juga kita akan memperbanyakkan ibadah kepada Allah, minta maaf pada orang lain! Menutup aurat dengan sempurna. Berbakti kepada masyarakat. Ikhlas dan jujur ketika bekerja. MashaAllah!


          Aspek kehidupan yang jatuh dalam kategori masing-masing 

Oleh itu, tepuk dada tanyalah iman. Setiap hari kita perlu seimbangkan keempat-empat aspek di atas. Barulah kita akan menjadi seorang muslim yang sempurna!

No comments:

Post a Comment