Assalammualaikum.
Bulan September tahun ini merupakan bulan paling bersejarah dalam hidup aku.
Pertama.
10 September telah selamat aku melahirkan putera pertama kami, Ahmed Ayyash bin Aniq Ayadi. Allah sahaja yang tahu betapa gembira dan bersyukur kami berdua dengan anugerah ini.
Kedua.
22 September. Genaplah usiaku 25 tahun. Sepanjang umur 25 tahun hidup di bumi Allah ini, amalan apakah yang telah aku lakukan? Untuk diri, keluarga, agama dan negara? Tsk. Tsk.
Ketiga.
Hujung September. Keputusan akhir semester keluar dan alhamdulillah, aku PASS with DISTINCTION. Terharunya aku! Sememangnya masa aku mula semester tahun lepas, inilah target aku. Aku belajar betul-betul sebab nak challenge diri sendiri. Mampukah aku untuk dapat Distinction dekat universiti omputih ini. Tak sangka kan. Hadiah untuk Mama dan Abah. :)
Dan September juga bulan aku berpantang. Haish. Ini part yang tak berapa best. Sebab pantang memang tak best, dan pantang seorang diri tanpa mama di sisi lagi lah tak best. Nasib baik ada suami dan Ayyash menemani.
Nanti aku update cerita panjang lebar pasal setiap peristiwa bersejarah ini okay.
Selamat Malam Leeds!
No comments:
Post a Comment