Assalammualaikum.
Alhamdulillah! Dah 2 bulan perut ini membawa bakal zuriat kami. :D
Ada kawan-kawan tanya, macam mana aku tahu yang aku pregnant?
Aku pun jawab, mula-mula aku pun meragui yang aku ni pregnant ke. hahaha. Tapi lepas baca simptom-simptom pregnant dan jumpa GP (General Practitioner or Doctor) di sini, barulah yakin dan boleh mengada lebih dengan suami. Alasannya, sayang kan pregnant. Muahahahaha!
Nak selit cerita lawak kejap. Masa pergi kaunter hospital, cakap kat dia nak buat appoinment dengan GP because I think I am pregnant. Dia tanya how do you know you are pregnant? Aku cakaplah simptom-simptom yang aku alami dan pregnancy test yang dah buat. Dia cakap, so you are pregnant! No need to see GP. I will straightly arranged your appoinment with Midwife. Bila balik tanya suami, sayang ni betul pregnant kan? T_T
Pertama: Tak datang haid.
Untuk perempuan yang haidnya datang secara konsisten setiap bulan seperti aku, memang senanglah nak cek anda pregnant atau tak. Dalam kes aku, tarikh upcoming haid memang dah ditanda pada kalender. Bila hampir tarikh tu, akan bersedia pad dalam bag. Jadi bila dah seminggu tak datang, rasa macam pelik. Seminggu lepas tu, barulah cek dengan pregnancy test.
Kedua: Pening, badan mudah letih dan kurang selera makan
Tanda ini pun bergantung pada empunya badan. Masa seminggu tak datang period tu, badan memang rasa letih sangat. Bangun tidur, pukul 11 pagi nak tidur balik dah. Lepas solat Maghrib (dalam 5petang kat sini) pun nak tidur. Malam tetap tidur awal. Makan tak lalu. Tak tahu nak makan apa sampai menangis kat suami. Sedih rindu mama! :'( Bila tak makan, mulalah angin naik kepala. Pening lah. Muntah lah. Tapi masa tu disebabkan belum cek, cakap pada diri sendiri. Mungkin stress sebab lagi 2 minggu nak exam. Huhuhu.
Ketiga: Pregnancy Test
Selepas 2 minggu simptom yang sama berulang, kami pun pergilah beli pregnancy test. Suami beli yang advance punya terus. Takda dah tunjuk 2 line tu. Terus tunjuk "Pregnant" atau "Not Pregnant". Kalo pregnant, bawah tu akan tunjuk berapa minggu dah. Hebat kan? Harga test kit tu pun taklah mahal sangat. 10pound untuk 2 kit. Ok lah kan? (jangan convert please! :P)
Nampak tak? Dah 3 minggu lebih rupanya. Bila dapat tahu ni, suami yang baru bangun tidur terus mata bulat. Hahahaha.
Tips untuk guna test kit ni, test air kencing yang pertama masa kita baru bangun tidur. Ikut saja arahan yang tertulis pada pamplet kit tu. :)
Keempat: Swollen nipples
Anda akan perasan yang breast anda akan membengkak. Macam aku, nasib baiklah muat lagi bra yang ada. Belum ada budget nak beli yang baru. Huhuhu. Nipples tu akan membengkak. Selalunya masa bangun tidur la paling sakit. Kadang-kadang tu, terlanggar sikit pun sakit. Kalau nipples merekah, bolehla letak Vaselin.
Kelima: Kuat Makan!
Masa awal-awal dulu tu, tak lalu nak makan. Sekarang ni pagi tengahari petang malam kena cari nasi! Dahla duduk seorang kat rumah bila hubby takda. Bila selalu makan, kenalah selalu masak. Sampai buntu dah tak tahu nak masak apa. Tekak ni pula taknak makanan orang putih ni. Nak beli kat luar nasi lemak mana nak carik! Bila ada jiran ajak datang makan kat rumah, memang berseri-seri datang sebab lapar dan malas nak masak. Kekekeke.
Ada banyak tips lagi sebenarnya. Boleh baca pada blog lain. Dan kalau aku mengandung lagi nanti, aku tambah. Hahaha.
Yang penting, mengandung ni kena selalu ceria! Rasa sakit macam mana pun, selalu ingatkan diri bahawa Allah telah kurniakan anda satu anugerah yang tak ternilai. Yang mampu menjamin anda di syurga kelak. Dan setiap amalan yang seorang perempuan mengandung itu lakukan, Allah gandakan berpuluh kali ganda. Best kan? Jadi kenapa perlu bersedih? :)
No comments:
Post a Comment