Assalammualaikum w.b.t
Masalah mencari kerja
merupakan masalah BESAR yang akan dihadapi oleh semua orang bila sudah
menamatkan zaman belajar. Aku pun sama. Selama 5 bulan menderita mencari kerja.
Macam-macam cara cuba. Tapi alhamdulillah, bermula dari 7 Januari 2013, aku
bergelar wanita berkerjaya. haha. Jadi bila dah dapat kerja, kawan-kawan pun
tanyalah macam mana nak dapat kerja.
Oleh itu, di sini aku
nak menceritakan apa yang telah aku buat selama 5 bulan untuk mencari kerja.
Apa yang paling penting ialah resume anda! Apa yang aku buat ialah tengok semua
contoh resume di internet dan contoh resume kawan-kawan. Kalo dulu pernah pergi
workshop yang ajar buat resume tu lagi bagus. Bila dah ada, aku buat dua
resume. Apa yang beza antara dua resume ni? ALAMAT. Macam aku, aku duduk di
Melaka. Tapi aku tahu Melaka memang tak banyak kerja dalam bidang aku ni, jadi
aku plan untuk cari kerja di KL. Jadi, aku guna alamat rumah aku di Melaka
untuk resume beralamat Melaka, dan guna alamat rumah makcik aku di KL untuk
mohon kerja di KL. Kenapa aku buat macam ni? Sebab kebiasaanya, company akan
mencari calon yang berasal atau duduk berdekatan dengan tempat kerja mereka tu.
Supaya mereka mudah nak datang interview dan takda masalah kena cari rumah if
mereka offer kerja nanti.
Kemudian, bila resume
dah siap, kenalah buat cover letter pula. Cover letter ini hanyalah surat
pendahulan, kira bagi kata-kata pendahuluan untuk kita minta kerja di company
tu. Kenelah ada adab juga kan. Tak boleh main hantar je resume. Nanti diorang
receive dan tak tahu tujuan resume itu dihantar untuk apa. Format cover letter?
Semuanya bisa digoogle saja. hihi.
Bila
dah ada dua resume dan cover letter, aku pun daftar la diri di web yang khas
untuk mencari kerja. Banyak dah sekarang. Melambak-lambak. Sampai kena pilih
yang betul-betul valid. Aku daftar di Jobstreet.com, Jensjob, JobsMalaysia dan
Mudah.com. Aku letak resume yang beralamat KL tu, sebab most of the company
memang terletak di KL. Lepas daftar nanti, akan dapatlah iklan-iklan kerja
daripada web itu. Jangan pula malas nak apply! Memang rugi lah penat lelah
korang mengisi borang tadi tu. :P Kadang-kadang kita akan dapat iklan yang kita
rasa NAAAAKKKK sangat dapat job tu. Jadi apa kata korang usaha lebih sikit.
Bukan sahaja tekan butang Apply tu, korang ambil alamat/email company dan
hantar terus kepada mereka. Aku buat macam ni untuk company yang aku rasa aku
nak kerja situ, dan juga company yang berada di Melaka (sebab aku nak hantar
resume beralamat Melaka pula. haha)
Selain daripada kita
duduk menunggu ada kerja kosong, boleh juga kita hantar terus resume kita ke
company-company yang kita memang aim nak kerja di situ. Contohnya macam aku kan
bidang Biotech. Jadi aku pun ambil alamat/ email company-company under
BiotechCorp, dan company F&B yang aku berminat untuk kerja dengannya. Ada
yang aku hantar guna pos, ada yang hantar guna email. Memang lebih RM50
jugaklah modal aku beli sampul surat dan setem. Tapi takpe, itulah pelaburan
yang in shaa Allah berbaloi!
Pernah tahu tak
Mudah.com tu ada juga buat iklan jawatan kosong? Ha! Aku pun tak pernah tahu.
Yang aku tahu, dia buat jualan barang-barang murah. Tapi bila google,
rupa-rupanya ada. Banyaakk pula tu. Tapi selalunya job-job yang dioffer taklah
yang gaji ribu-ribu sangat. Untuk part-time job, memang aku rekemenkan lah.
Tapi ada juga company yang offer good position. Contoh macam aku, ada rezeki
aku hari tu, ada company di Melaka offer QC kat Mudah. Aku pun apply dan dia
call untuk interview. Alhamdulillah kan.
Cukuplah dengan internet, sekarang
kita beralih dengan kaedah lain iaitu pergilah ke Jobfair or Careerfair. Aku
rasa dah 2-3 job fair juga yang aku pergi. Pernah dulu anjuran Pemuda BN di
PWTC, then JobsMalaysia. Bila pergi Jobfair, apa yang perlu anda bawa?
Fotocopies of resume and cover letter, fotocopies of certificate, original
certificate, passport size pictures, and PEN! Selalunya di Jobfair akan ada
mock interview, bermakna interview terus untuk kerja di situ. Jadi
dokumen-dokumen yang dibawa haruslah lengkap dan pemakaian anda juga sangatlah
penting! Pakailah pemakaian yang profesional. Perempuan selalunya berbaju
kurung. Nak pakai seluar pun boleh, tapi biarlah nampak formal pakaian tu.
Janganlah please please, jangan pakai macam terlalu keremajaan. Anda nak pergi
cari kerja, bukan nak pergi tengok wayang. haha.
Selain itu, mintalah tolong pada
kawan-kawan, makcik pakcik, cikgu sekolah dulu ke, kawan ayah dan mak kita atau
sesiapa yang ada link dengan company tempat kita mahu apply kerja. Sekarang lah
waktu yang sangat berguna untuk kita menggunakan link-link ini. Dan sekarang
juga lah baru kita sedar yang kita ni pandai bersosial ataupun tidak, luas
pergaulan ataupun tidak. Kadang-kadang kena buat muka tak malu je. Masa 5 bulan
aku menganggur ni, sebenarnya aku bekerja juga. Sebagai guru sementara. Kontrak
dengan sekolah yang pertama selama 2 bulan setengah. Kemudian terus sambung
kontrak dengan sekolah kedua selama 2 bulan. Hujung tahun sebenarnya susah juga
nak dapat jadi guru ganti, sebab berderet yang apply. Tapi alhamdulillah,
pegawai PPD itu adalah kawan mama dan juga bekas guru sekolah rendah aku. Jadi
dia pun tolonglah aku. Jasamu dikenang wahai cikgu Shaari! ^^
Inilah cara-cara mencari kerja yang
aku boleh kongsikan untuk semua. Setiap cara yang aku cuba alhamdulillah dapat
jugalah panggilan interview. Rasanya 50 yang dohantar, 1 yang tersangkut. hehe.
Tapi tak mengapa, itulah namanya rezeki. Pesanan untuk kawan-kawan semua, lebih
banyak yang anda apply, lebih tinggi peluang anda untuk dapat. Jadi mestilah
rajin! dan gunakan setiap langkat itu dengan betul. In shaa Allah pekerjaan
yang diimpikan akan menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment