Assalammualaikum.
Hari ini aku ada 5S training. Tahu tak apa itu 5S? Ia ialah 'guidelines' untuk syarikat, supaya dapat meningkatkan produktiviti. Pra-syarat untuk GMP, HACCP dan ISO. Tapi aku tak nak cerita tentang itu. Sebab topiknya memang membosankan. Haha. Cukuplah aku dah kena tiap-tiap minggu pergi training benda alah ini. Aku nak cerita tentang satu kuiz yang diajar oleh instruktor aku semasa kursus 5S tadi.
Sebenarnya Mr Khoo, instruktor tadi, nak sentuh tentang "S" yang kelima iaitu sikap. Jadi, Mr Khoo ajarlah kami satu analisa tentang bagaimana untuk tahu sifat manusia ini. Di dalam sebuat organisasi, sangatlah penting untuk kita dapat tahu tentang sifat pekerja atau rakan sekerja kita. Kenapa? Kerana kita akan dapat kenal pasti kelebihan dan kekurangan mereka, untuk kita letakkan mereka pada jawatan yang dapat memaksimakan kelebihan mereka itu. Faham? Kuiz ini dinamakan LaHay and Littauer Personality System atau 4P! Kenapa 4P? Sila rujuk di bawah.
Powerful bermakna berkuasa. Kategori ini ialah kebiasaannya seorang ketua. Kalau dalam industri, BOSS lah kan. Popular bermakna orang yang banyak cakap, pandai buat lawak, tak mudah ambil hati, sentiasa senang hati lah. Selalunya, orang begini sesuai untuk jawatan Public Relation, Promoter, DJ / MC. Memang meriahlah bila orang macam ini ada di syarikat anda. Peaceful means a good follower. Orang yang mudah adaptasi dengan kerja yang diberi, sangat penyabar dan berhati-hati. Mereka memang sesuailah buat kerja documentation. Perfect means perfectionist! Semuanya dia akan analisa dengan teliti, ada salah ejaan pun dia akan perasan. Memang sesuai sangat kerja QA.
Untuk deskripsi yang lebih jelas, sila rujuk di bawah ya:
Kemudian, Mr Khoo tanya di mana anda? Kita tidak mungkin akan berada dalam satu kategori, 100%! Mesti ada sedikit sifat dalam diri kita yang terdapat pada kategori lain. Betul kan? Kerana manusia ini unik. Tidak ada personaliti test yang dapat cover semua perangai-perangai pelik manusia ini.
Untuk aku, aku rasa aku dalam kategori PERFECT. Sebab masa belajar dulu, apa-apa yang nak dibuat pun, terutama kerja kumpulan, mesti aku akan pastikan aku yang buat final check. Kononnya nak pastikan semuanya perfect lah. Haha. Then, aku memang suka menganalisa semua perkara. Terutama untung rugi, duit keluar masuk. Sampai pecah otak fikir. Padahal bendanya small matter je. Aku memang 'scheduled' dan 'orderly'. Jadual hujung minggu, aku dah plan hari Isnin. Bila benda tak ikut seperti yang dirancang, mula lah pening kepala memikirkan kenapa. Analisis. Jadi sesuai tak dengan pekerjaan sebagai seorang Feed Technologist? Bolehla dikatakan sesuai sebab kerja ini memerlukan ketekunan dan terlibat banyak juga dengan dokumentasi.
Tapi bak kata Mr Khoo, yang itu majoriti. Mesti ada sifat yang minor percentage dalam kategori yang lain. Jadi, aku rasa ada lah sikit dalam kategori lain-lain. Tips untuk mencari pasangan, pastikan pasangan anda mempunyai major percentage dalam kategori yang berlainan dengan anda! Kalau dua-dua powerful, tak ke pecah dinding rumah? Kalau dua-dua Peaceful, tak ke bisu nanti? Haha. Sebagai pasangan, kita akan melengkapi antara satu sama lain. Jika anda perfectionist, anda akan dapatlah pasangan yang tak berapa tersusun, cuai letak barang, selalu akan tanya anda apa jadual hari ini (sebab dia suka main redah), dan kurang sensitif. Dan itulah In Shaa Allah, bakal suami aku. Haha.
Oleh itu, personaliti test ini bukan sahaja berguna dalam syarikat untuk tahu potensi pekerja masing-masing, juga untuk tahu kelebihan dan kekurangan diri kita, serta tips mencari bakal pasangan hidup. Kalau nak cuba ujian yang lebih detail, bole pergi ke web ini: http://www.aruspex.co.za/personalityTest/PersonalityTest.html.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment