Pernah dengar tak tentang perkataan di atas ini? Aku pun pernah dengar juga. Apa yang aku tahy, reverse psychology ini bermakna kita memikirkan hikmah tentang apa yang berlaku ke atas diri kita. Contohnya, bila kita tak dapat A dalam satu subjek, mesti kita akan rasa down. rasa sedih gila. Mesti nak salahkan diri kita sebab tak belajar dengan bersunggug-sungguh. Jadi, reverse psychology dalam situasi ini apabila kita fikirkan pula hikmah kenapa Allah tak bagi kita A. Mungkin Allah mahu uji kita? Mungkin kita yang selama ini sentiasa dapat A tapi tidak pernah bersyukur? Macam itu lah.
Ataupun pernah tengok tak signboard di Kuantan?
Bila kita baca, akan membuatkan kita terfikir kan? Manusia ini, bila kita cakap JANGAN, itulah yang dia nak buat. kan kan?
Tapi Reverse Psychology yang aku nak ceritakan di sini ialah tentang stress kerja. Asyik-asyik cerita tentang kerja kan? Al-maklumlah, diri ini masih belum dapat menyesuaikan diri dengan sesuainya lagi. Haha. Ceritanya macam ini. Selama 2 minggu lebih aku bekerja ini, banyak sangat benda yang aku salah buat. Aku terPECAHkan petri dish, aku tak tulis LABEL yang sangatlah penting, aku terTUMPAHkan pedal ayam yang aku dah potong, aku salah tutup suis. Macam-macam lah.
Satu petang bila driving balik ke rumah, aku rasa stress sangat. Sebab aku rasa dalam kepala ini macam-macam aku kena fikir. Sebab itulah fokus aku semasa bekerja sangat merudum. Bila tiada fokus, berlakulah insiden-insiden seperti di atas. Tapi bila fikir semula, apa yang otak aku ini serabut sangat fikir? Entahlah. Cuma yang aku tahu, aku sentiasa fikir benda lain masa bekerja, dan tepat pukul 5 nak cabut dah. =.=
Aku pasanglah radio Ikim.fm. Kebetulan ada slot ceramah daripada seorang ustaz berkenaan dengan Ibrah Maulidur Rasul. APa itu ibrah? Ibrah itu pengajaran. Lebih spesifik? Silakan Google. Haha. Ustaz itu bawakan satu cerita yang sangatlah terkena batang hidung sendiri.
Ceritanya begini. Ada seorang tukang buat rumah yang sudah agak uzur. Dia bekerja untuk tuannya. Tuannya sangat sayang akan dia kerana si tukang rumah ini merupaka seorang yang jujur dalam bekerja, hasil kerjanya sangat bagus, teliti dan berkualiti. Apabila usianya telah lanjut, isteri si tukang rumah ini menasihatkan supaya suaminya berhenti kerja. Jadi, si suami pun mohonlah untuk berhenti kerja daripada tuannya. Apabila dia berjumpa dengan tuannya, tuannya sangat sedih dengan berita itu.
Sebelum bersetuju dengan permohonannya, tuan menyuarakan satu permintaan. Tuan memohon agar tukang kayu dapat menyiapkan rumah yang terakhir sebelum dia berhenti. Tukang kayu yang tidak sampai hati menolak permintaan tuannya, akhirnya bersetuju. Setelah siap rumah yang dibina itu, kelihatan banyak cacat celanya kerana tukang kayu membuat dalam masa yang pantas. Apabila melihat kecacatan itu, tukang kayu mahu membetulkan semula tetapi dihalang oleh isterinya. Isterinya berkata bahawa tidak akan ada siapa yang perasan dengan kecacatan itu. Jadi tidak perlu betulkannya dan cepat berhenti kerja.
Tukang kayu berjumpa tuannya untuk menyerahkan kunci rumah baru itu. Alangkah terkejutnya tukang kayu apabila tuannya memulangkan kembali kunci itu padanya. Kata tuannya, rumah itu adalah hadiah buat tukang kayu dan isteri di atas segala jasa yang telah tukang kayu berikan selama ini. Teringatkan akan kecacatan rumah itu, tukang kayu dan isterinya terus menjadi insaf.
Jika kita menjadi tukang kayu itu, apa yang akan kita katakan? Laa. bagitahu lah awal-awal. Kalau aku tahu untuk aku rumah itu, mesti aku buat sehabis baik da cantik. Ha! Itulah rupanya penyakit hati yang menyerang hati aku ini. Sebenarnya, apa niat aku pergi bekerja setiap hari? Untuk duit? Pengalaman? Redha Allah? Jika niat kita betul, kita akan berasa tenang dan gembira untuk melakukan sesuatu perkara. Jika kita niatkan untuk duit, duit sahajlah yang kita dapat. Tapi jika kita niatkan untuk redha Allah, akan ada satu kepuasan dalam hati kita untuk melakukan yang terbaik semasa bekerja. Kita akan menjadi bersungguh-sungguh sebab kita tahu, jika kita buat yang terbaik, Allah akan bagi pahala, dan kita yang akan dapat manfaatnya!
Itulah reverse psychology yang aku katakan. Daripada duduk memikirkan stress dan bosannya bekerja, apa kata kita ubah niat kita. Kita redhakan hati ini untuk pergi bekerja. Kita positifkan minda kita untuk melakukan kerja rutin hari ini lebih baik dari semalam. Barulah hati kita akan senang, senyuman juga akan sentiasa terukir. Tidaklah berkerut-kerut dahi itu. Cepat tua tau!
No comments:
Post a Comment