Monday, November 11, 2013

Program Pasca Siswazah Mara. Terima kasih Mara!

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.




Walaupun sudah beberapa bulan berada di Leeds, UK, tapi hati masih tak percaya akhirnya berjaya sampai ke sini. Sekarang sudah officially menjadi pelajar MSc of Food Science (Food Biotechnology) di University of Leeds. Terharu! Sangat terharu sebab cita-cita semenjak sekolah akhirnya tercapai, berbangga dapat memenuhi impian Abah & Mama. :') Dan suami pula menjadi pelajar "lagi" di University of Manchester. 

Bila bagitahu kawan-kawan, soalan yang pertama mereka akan tanya ialah "scholar ke?"

Mesti sebab aku budak pandai dulu kan. Hahahaha.

Sebenarnya MARA yang bagi aku peluang untuk belajar kali ini. Masa undergrad, aku merupakan pelajar tajaan JPA. Kemudian, memang aku nak apply JPA juga untuk Master kali ini. Tapi rezeki tidak menyebelahi aku. Tapi alhamdulillah, back-up plan aku ada. Aku apply MARA sekali time tu. Dan rezeki aku pada MARA.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk memohon penajaan MARA ke luar negara; harap post ini akan dapat membantu. :)

Bulan Mac 2013, MARA buka permohonan untuk Program Pasca Siswazah untuk Pelajar Luar Negara. Kena mohon online sahaja. Hanya lengkapkan borang dan hantar. Kat sini aku letakkan linknya: http://online05.mara.gov.my/pasca2013/

Syarat-syaratnya boleh baca di sini: 

Akhir bulan 4, keputusan MARA keluar dan alhamdulillah permohonan aku diluluskan! Stage 2 ialah mengambil "Physchometric Test". Ujian ini tak susah mana pun; objektifnya hanyalah untuk menilai jatidiri kita sebagai seorang pelajar, berbangsa Melayu, beragama Islam dan berwarganegara Malaysia. Jadi jawablah sejujur mungkin. :) Sebenarnya tarikh ujian ini ialah 4 hari sebelum tarikh majlis perkahwinan aku! Memang bersejarah betul. Tengah sibuk-sibuk buat last minute preparation, dengan dapat cuti kahwin lambat, bakal pengantin pergi ambil ujian dulu. Memang kenangan manis!

Keputusan ujian pun keluar selepas 3 minggu. Jadi pertengahan Mei, aku pun dapatlah keputusan peperiksaan. Memang berdebar sangat masa tu. Sebab aku dan suami mohon bersama-sama. Stage 1 sama-sama lepas. Dan Alhamdulillah, stage 2 pun kami sama-sama berjaya! Memang menangis masa tu. Sebab tak sangka dapat pergi sambung belajar sama-sama. :') Sepatutnya ada Stage 3 iaitu interview. Tapi tahun ni MARA tak buat interview, mungkin kerana terlalu ramai pelajar yang dia ambil. Tak mengapalah. Aku pun suka takda interview ni. Muehehehe.

Bila dah lepas semuanya, MARA akan bagi arahan kita untuk bagi dokumen-dokumen yang diperlukan. Jangan risau, semunya akan di'update' di internet. Tapi kalau ada masalah, terjah je pejabatnya di Bangunan Mara di Jalan Raja Laut.

Untuk batch kami, pengambilan pelajar terlalu ramai. Pegawai yang in-charge pula baru ditukarkan ke bahagian pasca. Jadi memang agak kelam kabut. Huhu.

Bulan 6: Aku dah submit semua dokumen yang diperlukan.

Bulan 8: Aku uruskan Visa (guna duit sendiri dahulu) dan berhenti kerja. Untuk yang bekerja di area Selangor atau KL, tak perlu berhenti awal-awal sebab kononya nanti sibuk nak uruskan untuk ke luar negara. I.Allah boleh timing elok-elok. Rugi gaji! :p Dalam bulan ni, husband aku memang banyak kali turun naik MARA. Sebab tanya status BTN dan perjanjian. =.= Dan bulan ini jugaklah raya. Dahla raya pertama sebagai husband and wife. Memang kalut bulan ni! Hahahaha.

3/9: Nama aku baru dipanggil untuk BTN.

11/9: Aku dapat perjanjian yang perlu diisi, dimatikan dan dihantar semula ke Pejabat MARA dalam masa seminggu. Kami terus beli tiket flight (Guna duit sendiri juga. Tapi jangan risau, semua ini boleh diclaim semula dengan MARA nanti.)!

16/9: Aku fly ke UK.

Awal Oktober: Duit MARA untuk 6 bulan perbelanjaan masuk ke akaun. Alhamdulillah!

Terima kasih MARA kerana membantu saya memenuhi impian saya dan keluarga. Jasamu amat dihargai. :') Itu saja untuk post kali ini. Harap membantu! :)

1 comment:

  1. Assalamualaikum akak. saya apply untuk tahun 2014, dah lepas ujian psychometric dah. cuma tengah tunggu nak interview aje. masa batch akak dia ambil berape orang ye?.saya pun apply course akak jugak

    ReplyDelete