Assalammualaikum.
Ha. Cuba tengok gambar ni, mesti dah tahu kan dilema apa yang akan aku kongsikan dalam post ni. Hehe.
Sebagai seorang yang baru habis belajar, soalan yang paling BOSAANNN yang kita kena jawab ialah; "Dah kerja ke? ke Sambung Belajar?" Kadang-kadang tu rasa macam nak rekod jawapan universal kita kan; "Rancangnya nak kerja. Belum ada rezeki lagi." tak pun; "Nak sambung belajar. Masih tunggu intake akan datang". Untuk jawapan di atas, orang yang telah buat decision untuk kerja atau sambung belajar sahaja yang akan bagi jawapan macam tu. Jangan terkejut kalau ada yang bagi jawapan; "Tak tahu lagi lah. Apply je semua. Tengok mana yang ada rezeki." Itu bermakna orang itu masih belum buat keputusan untuk kerja atau sambung belajar. Yang lagi berat kalau orang yang bagi jawapan; "Tak tahu lagi lah. Nak berehat dulu sekarang." Petiuhhhh. Yang ni memang kronik! T_T
Okay. sememangnya kita masa belajar tak nampak apa yang bestnya kerja, atau apa yang buruknya kerja. Yang kita tahu, kerja dapat duit. Tapi kerja penat. Sebenarnya macam-macam lagi kebaikan dan keburukan bagi mereka yang bekerja atau sambung belajar.
Pertama; macam biasalah. Zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit. Bila bekerja, akan dapat duit. Bila belajar, hanya dapat elaun belajar. Sama ada PTPTN atau JPA. Duit elaun dengan duit gaji mestilah tak sama jumlahnya kan. Kebanyakkan kawan-kawan aku memilih untuk bekerja sebab mereka nak membantu menyara keluarga. Bagus kan? Selalunya yang adik-beradik ramai, mak ayah dah pencen. Jadi mereka pilih untuk bekerja dahulu, kemudian barulah sambung belajar. Tapi kena ingat, bukan semua pekerjaan gajinya besar. Memang lepasan degree standard gaji sekarang 1800 ke atas. Tapi kalau kita dapat kerja yang sambilan atau part-time, atau kerja-kerja biasa contoh kerja McD, stesen minyak, jaga kedai makan, mestilah tak dapat gaji sebanyak tu kan. Nak dapat kerja yang tawarkan gaji sebanyak tu pulak bukan senang. Persaingan tinggi! Semuanya kena fikir tuh! ( Cara-cara nak cari kerja, anda boleh refer pada post http://ladiesworries.blogspot.com/2013/01/kerja-oh-kerja.html )
Selain desakan hidup, desakan nak kahwin juga salah satu faktor yang menyebabkan seseorang tu kena kerja.
Kedua; bila kita bekerja, kita akan banyak menggunakan tenaga sama ada fizikal atau otak. Ini bergantung pada nature job itu sendiri. Macam aku kerja di makmal, memang banyak menggunakan kekuatan fizikal. Sebab kena berdiri sentiasa, lepas tu angkat sample-sample dan chemical yang berat. Buat pipetting sampai menggigil tangan. Huishhh. Dahsyat kan penatnya. :P Tapi ada kerja, contohnya kerja pejabat yang lebih memerlukan kekuatan mental. Kerja memang duduk je, tapi memandang komputer sentiasa, filing itu ini. Penat penat. Tapi yang bestnya bila bekerja, masalah kerja cuma dihadkan untuk difikirkan di tempat kerja saja. Keluar dari company, semua dah hilang dari otak. Bila malam tetap tidur nyenyak. Tapi bila belajar, malam lah waktu nak buat assignment yang melambak-lambak. Kena study setiap hari. Kena menghafal, membaca. Banyak pakai kekuatan mental. Tekana pun lebih juga sebab kita sentiasa nak memastikan pointer kita tinggi kan. tekanan tekanan. :P
Ketiga, bila bekerja, kita sebenarnya yang lebih cepat menjadi matang. Kenapa? kerana pergaulan di tempat kerja dan pergaulan di universiti lain. Di tempat kerja, kita akan bekerja dengan orang-orang yang lebih tua daripada kita, yang kebanyakkan sudah bekeluarga. Macam di makmal aku, aku seorang je yang belum kahwin. yang lain semua umur dah almost 30, dah bekeluarga. Bila kita berkawan dengan orang yang dah bekeluarga, fikiran kita akan lebih cepat matang. Kita akan kurangkan hiburan-hiburan remaja, dan lebih fikirkan tentang masa depan kita. Cara kita berpakaian dan cara kita bercakap pun boleh berubah ke arah lebih matang. Kalau masa belajar dulu biasalah kan, ramai-ramai pergi tengok movie, shopping, makan, berjalan seharian untuk seronok-seronok. Duit elaun habis macam tu je. Pakaian pula ikut trend sentiasa. Huhu. T_T Mula-mula dulu aku pun rasa kekok, tapi bila dah kenal dengan kakak-kakak makmal ni, mereka sebenarnya sporting! Tapi aku rasa macam selamat, sebab macam ada mama dengan kak lang yang sentiasa jaga kesihatan dan keselamatan aku, dan tegur aku bila buat salah. :)

Kebanyakkan kawan-kawan aku yang memilih untuk sambung belajar sebab mereka tak dapat kerja yang sesuai dengan degree mereka, ataupun mereka nak jadi researcher atau lecturer. Siapa taknak belajar tinggi-tinggi kan, sampai Master atau PhD. Tapi kita kena tengok juga apa sebenarnya pekerjaan yang kita nak. Kalau kita nak jadi lecturer atau researcher yang sememangnya memerlukan tenaga pekerja yang memiliki sijil peringkat tinggi ni, memang patutlah kita terus sambung belajar. Kalau boleh straight terus sambung bila habis degree, jangan lengah-lengah. Kalau dapat fast-track Degree-PhD lagi bagus! Tetapi kalau kita berhajat untuk bekerja dalam industri sebagai Quality Control, R & D Officer, Microbiologist, Biotechnologist dan sebagainya (aku bagi contoh pekerjaan yang related dengan aku ye.), pekerjaan yang tidak memerlukan sijil peringkat tinggi, jadi sebaiknya bekerjalah dahulu. Sebab pekerjaan seperti ini tidak memerlukan sijil di peringkat yang terlalu tinggi; cukuplah dengan Degree; dan lebih memerlukan PENGALAMAN kerja anda dan sijil-sijil kursus profesional! Itu lebih bernilai!
Macam aku, aku pun kadang-kadang tak tahu nak jadi apa. Terus terang ni. Tapi yang aku tahu, aku nak smabung Master. Nak sempurnakan impian Abah tercinta. Jadi aku akan sambung master walaupun patah hati tahun lepas dah. sob sob. :'( Aku sememangnya minat dengan Food Technology atau Food Biotechnology. Dua-dua suka! Jadi memang plan nak sambung Master dalam bidang ini. Alhamdulillah bila dapat peluang bekerja di syarikat F&B, aku dapat lihat skop lebih besar untuk bidang yang aku minat ni. Dalam bidang ni sebenarnya tak memerlukan aku untuk belajar tinggi, tapi lebih memerlukan pengalaman yang lama dan sijil-sijil kursus profesional. Kursus profesional ni contohnya sijil GMP, HACCP, ISO, Internal Audit dan lain-lain lagi yang sekarang aku sedang kumpul bila bekerja di company FFM. Plannya, tetap dengan Master (In shaa Allah, kalau ada rezeki), dan kerja harus diteruskan. Kumpul sijil banyak-banyak, pungut pengalaman sementara waktu masa ada. Yang penting, Jangan luputkan cita-cita dari hati dan Teruskan Berusaha!
Nasihat aku untuk semua, decide dahulu pekerjaan apa yang anda minat. Nak tahu minat ke tak, sila jawab soalan ini:
"Siapa anda dalam masa 10 tahun dari sekarang?"
Kemudian, pilihlah cara yang terbaik untuk mencapai cita-cita itu. Terdapat terlalu banyak cara untuk berjaya. Buatlah keputusan yang realistik! Jangan hanya ikut trend, atau ikut kawan. Anda dan dia tidak sama. Ingat, langkah pertama hari ini adalah untuk masa depan anda!

Wassalam.
tak salah sambung master even position tu x memerlukan sijil yg tggi. sekurang2nya boleh enhance kita punya knowledge dgn ilmu baru :)
ReplyDeleteI decide nk sambung study after 3 years kerja.kerja as food technologies & agent takaful & amek oder kek birthday..b4 dis I pernah jd cikgu tuition jg. Kwn2 kagum sbb I buat itu ini..tp I buat semua ni sbb I minat bkn sbb duit semata2. Now I dah letih layan kerenah manusia y dengki, khianat, amek kesempatan..so I nk limitkan pergaulan dgn org ramai. Lepaskan apa y I ad skrg. I nk study hard..x nk kacau org (u know jd agent kan pujuk2 org) myb ad y rasa annoying ke kan huhu..smpai ad y hack n duplicate I punya fb dgn biadap skali!! So I fikir dunia ni sementara..mati tu pasti..akhirat tu selamanya. Semoga Allah beri petunjuk pd kita semua.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHmm... kak macam mana kalao saya sndiri tak tao sama ada nak smbung degree @ tak or better prefer kerja dulu baru part time study???
ReplyDelete