Monday, February 18, 2013

Memilih calon?

Assalammualaikum.

Bila menjelang tahun baru, ramailah kawan-kawan aku yang akan berkahwin. termasuklah aku juga. eheh.  Ada kawan-kawan yang kenal rapat dengan aku, tahu akan status aku yang bakal bertukar. In shaa Allah. Ada kawan-kawan yang sudah bertunang, bakal bertunang, bakal berkahwin, tahniah diucapkan. Doakan kebahagiaan bersama. Namun ada juga kawan-kawan yang masih mencari, masih memilih. Siap ada list nama, tak nak je terus pangkah. haha. Dan soalan cepumas yang mereka selalu bertanya; "macam mana kau boleh pilih dia?"; "kau tak takut ke kau salah pilih?". 

Disebabkan aku ini BAKAL berkahwin, bukannya SUDAH berkahwin; tak berapa layak sebenarnya nak menjawab soalan-soalan sebegitu adjektif. Tapi disebabkan niat nak membantu kawan-kawan yang dalam dilema, dan untuk meyakinkan mereka untuk berani melangkah ke alam perkahwinan, aku akan cuba juga menjawab. Berdasarkan pengalaman dan tahap pemikiran aku yang sedikit ini ye.  

Bila memilih seorang lelaki untuk menjadi suami; (suami tau, tak nak boyfriend or pakwe ni. kita sudah matang! :p) macam-macam kriteria juga yang aku kenalpasti *muka serius* :



Pertama: aku akan tengok latar belakang keluarganya. Orangnya yang baik-baik kah? StatusAda perbezaan darjat tak? hehe. Kemudian, cara dia melayan keluarga dia terutama mama dia. Sebab apa? Sebab mama dia merupakan perempuan yang pertama dia kenal, dia sayang, paling penting dalam hidupnya. Jika dia melayan wanita sepenting itu dengan cara yang sangat menyejukkan hati, I.Allah, begitu jugalah nanti dia akan melayan bakal isterinya yang akan menjadi wanita kedua terpenting dalam hidupnya. Faham? Jika dia ada adik atau anak buah, kita boleh tengok cara dia melayan anak-anak kecil. Jadi dari situ kita boleh bayangkan nanti dia sebagai seorang suami dan ayah dalam kehidupan yang bakal dibina. Alhamdulillah, aku suka tengok cara bakal suami aku ni treat mama dia dan anak buah dia. Dia seorang anak yang patuh (tapi akan bersuara apabila perlu) dan suka akan budak-budak. :)))

Kemudian, aku akan lihat pada latar belakang pendidikannya. Disebabkan aku ini tak lah banyak sangat ilmu, jadi aku kena mencari seseorang yang lebih berilmu, untuk menjadi rujukan sepanjang hidup bersama nanti. Nama pun Imam keluarga kan? Ilmu itu kena seimbang; akhirat atau ilmu agama dan dunia. Dia mestilah mempunyai latar belakang ilmu agama yang baik dan dia juga mengamalkan ilmu agama itu dalam kehidupan sehariannya. Contoh yang paling mudah dengan melihat bagaimana dia menjaga solatnya, bagaimana dia membaca alQuran atau apa yang dia suka dengar di radio. Jangan ada ilmu, tapi tak gunakan. Ish ish ish. Tak elok kan? Selain ilmu agama, ilmu dunia juga perlu diambil kira. Dia perlu ada latar belakang pendidikan yang bagus. SPM? Diploma? Degree? Doctor? atau ahli muzik? Haha. Latar belakang pendidikan akan membentuk cara pemikiran dan komunikasi seseorang. Bukannya memandang rendah pada yang kurang rendah tahap pendidikannya, tapi ini untuk keserasian bersama juga nanti. 


Bila sudah melihat pada pendidikan, mestilah kita akan memandang pada kerjaya lelaki itu pula kan? Pilihlah lelaki yang kita yakin dapat menyara kehidupan kita nanti selepas berkahwin, sehingga akhir hayat. Bila hal ini, kita kena jadi realistik! Kita hidup sekarang dalam zaman yang semuanya memerlukan duit. Jangan cakap cinta dah cukup, tak perlu duit dah. Makan cinta tu pun dah kenyang. Anda salah! Sememangnya duit bukan segalanya, tetapi duit juga menjadi punca kepada kebanyakkan pergaduhan dan perceraian rumah tangga. Jadi ingat, be realistic! Macam aku, bakal suami bukanlah kerja yang hebat pun. Tetapi aku yakin bahawa satu hari nanti, dia akan menjadi seorang yang hebat dalam kerjayanya. Kenapa? Sebab dia ada visi dan misi yang jelas dalam hidupnya, dia mahu berjaya step-by-step, dan dia RAJIN untuk sentiasa memperbaiki diri untuk berjaya. Itu yang penting kan?

Aku bukanlah perempuan yang tak kisah dari segi paras rupa. hoho. Ampun. Sesungguhnya aku memang memilih dari segi fizikal juga. Hahaha. Aku suka lelaki yang putih dan tinggi! Dari sekolah lagi aku memang minat kawan-kawan atau senior lelaki yang putih dan tinggi. Bukan lelaki K-pop tau, lelaki melayu tetapi berwarna kulit cerah dan tinggi. chewah. Tapi tak pernah la lelaki yang berfizikal macam taste aku ni membalas minat aku terhadapnya. :((( Alhamdulillah. Allah bagi aku bakal suami I.Allah yang menepati ciri-ciri fizikal yang dikehendaki. hihi! Suke suka suka! :p Penting tau ciri fizikal ni, sebab kita nak tengok pasangan kita tu sampai tua. Mestilah nak yang sedaaappp mata memandang kan? 

Sebenarnya 4 kriteria ini ada disebut di dalam hadith (betulkan aku jika salah); 

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannyakecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hartanya = Kerjaya; Keturunan = Keluarga; Kecantikan = Paras rupa; Agama = Pendidikan. Perempuan pun boleh guna kriteria-kriteria ini untuk memilih bakal suami juga. Bukan limited pada lelaki saja. :) 

Kini kurang dari 90 hari untuk aku bertukar status. Aku yakin untuk menerima dia sebagai bakal imam aku. Dia memenuhi segala kriteria yang telah mama dan abah, dan aku tetapkan. Dia juga sangat menghormati dan menyayangi diri ini. Mama selalu pesan; Pilih lelaki yang sukakan kita, bukan lelaki yang kita suka. Faham tak? Bermakna pilihlah lelaki yang benar-benar menyayangi kita. Yang sanggup berkorban demi kita. Bukan lelaki yang kita suka atau minat. Kerana minat itu boleh dipupuk. Dan bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi kan? Jangan lupa teruskan berdoa, solat Hajat, dan solat Istikharah; mohon dipandu hati ini kepada keputusan yang tepat. In Shaa Allah.


Wassalam.



No comments:

Post a Comment