Wednesday, February 25, 2015

Pengalaman bersalin di Leeds, UK.

Assalammualaikum.

Post ini di'request' oleh kakak aku sebenarnya.

"Dik, best tak bersalin kat sana?"

"Ada best ada tak best jugak kak lang. Yang bestnya FREE!" Hahahaha.

Ok. Masa dah nak dekat dengan due date, aku ada appoinment dengan midwife dua minggu sekali. Setiap appoinment, midwife akan buat regular checkup dan bincang dengan kita tentang topik-topik tertentu. Setiap pregnant lady akan ada fail berwarna putih (macam buku pink di Malaysia). Jadi pergi mana-mana kenalah bawak buku tu.

8 September. Subuh tu aku ada keluar tanda darah+lendir berwarna pink. Terkejut jugak aku. Ingatkan darah apa. Bila google dan tanya Dr. Mun (kakak usrah yang merupakan HO di sini), rupanya itu petanda nak bersalin. Seharian tu aku dah mula rasa sakit contraction tu sedikit demi sedikit. Tapi gagah lagi tau pergi minum hot chocolate dengan waffle dekat Cafe Pakistan depan universiti. Kononnya nak senang beranak, jadi aku pun berjalan lah lagi. Huhuhu.

9 September. Sepanjang malam aku tak dapat tidur sebab sentiasa terjaga bila sakit contraction tu datang. Menangis. Badan rasa penat nak tidur tapi tak tahan sakit. Pagi tu dalam pukul 6.30 pagi, aku telefon Maternity Unit. Sebelum datang hospital, kena call unit ni dulu. Nanti midwife tu akan cakap ko patut datang hospital ke tak. Bila aku call, midwife cakap datanglah kalau nak dia cek. Aku pun pergi hospital.

Sampai LGI (Leeds General Infimary), aku masuk ward bersalin. Midwife cek bukaan vagina baru 2cm. Midwife suruh pergi jalan-jalan sekejap. Pukul 10.30pagi datang semula. Kalau bukaan masa tu dah 4cm, dia masukkan dalam labour room. Kami pun pergi Costa Cafe sarapan dan berjalan-jalan lagi. Tapi bila balik semula, masih 2cm. Kami pun balik rumah dahulu.

Contraction datang semakin kerap. Menangis aku menahan. Memang masa tu rasa cepatlah bersalin. Sebelum ni bila dengar kawan-kawan kata bersalin tu sakit, aku pun takut nak bersalin. Tapi bila dah duduk tahan contraction tu, hilang semua rasa takut. Nak cepatlah bersalin!

Waktu Maghrib, Wani, Jun dan Asiah datang rumah. Temankan aku menahan sakit. Borak dengan diorang terlupa lah kejap sakitnya. Dalam pukul 10 malam diorang pun balik. Aku pun bersiap nak tidur. Pukul 12 malam dah tak tahan sangat contraction, suami telefon hospital. Sampai sana, bukaan dah 5cm. Aku pun masuk labour room.

Labour room di sini setiap pesakit satu bilik. Dalam bilik, ada attached bathroom. Setiap pesakit dijaga oleh 2 orang midwife. Masuk je dalam tu, midwife perkenalkan diri. Dia ambil semua rekod diri. Kemudian, dia offer kita nak method apa untuk percepatkan bukaan ke 10 cm. Duduk atas gym ball, sedut gas untuk legakan contraction, baring dalam bath tub. Aku pun pilih bath tub. Fuhhh. Masa tu rasa macam orang kaya kejap. Baring dalam bath tub, ada pelayan ambilkan air. Tanya kita ok ke tak. LOL. Duduk dalam tu sampailah pukul 4 pagi. Midwife suruh kembali ke katil sebab dia nak cek bukaan. Baru 7cm. Huhuhu.

Lepas tu, aku cuba duduk atas bola pulak. Bumpinglah atas bola tu berapa jam. Badan dah penat menahan sakit. Mata dah mengantuk sangat. Perut pun lapar. Tapi disebabkan sakit sangat contraction tu, tak daya nak buat pape. Pukul 8 pagi midwife cek semula dah 9cm. Midwife decides untuk pecahkan air ketuban. Bila air pecah je, terus rasa nak meneran.

Nak beranak dah!

Bersambung~

No comments:

Post a Comment