Wednesday, February 25, 2015

Pengalaman bersalin di Leeds, UK (Bahagian 2)

Assalammualaikum.

Post ini dah tertulis Bahagian 2. Bermakna ini adalah sambungan untuk Bahagian 1. Sebelum baca post yang ini, bacalah post Bahagian 1. Baru best!

Midwife pecahkan air ketuban guna macam batang besi yang ada cangkuk. Itulah yang husband aku ceritakan. Entah ya entah tidak. Hahaha. Tapi sakitnya memang Allah saja yang tahu. Terus rasa nak meneran. Husband aku cakap mata aku dah pandang ke atas je, macam orang nazak tu. Takut dia tengok. Memang dalam hati aku asyik sebut "Allah, Allah, Allah". Semua doa hilang, lupa terus! Nama Allah saja yang aku ingat. Macam mana lah kan kita mati nanti. Hemmm.

Mula-mula cara meneran aku salah. Sebab cara meneran aku keluar bunyi daripada mulut. Midwife cakap aku akan lebih cepat hilang tenaga kalau macam tu. Dia suruh deep breath dan teran ke dalam. Macam nak berak tu. Agaknya terlalu sakit, cara nak berak pun aku lupa. Haha. Berapa kali push pun aku tak ingat. Tapi memang banyak kali. Sampai midwife tu nak panggil doktot dah untuk bedah.

Alhamduillah. Tanggal 10 April 2014, tepat jam 11.20 pagi, lahirlah Ahmed Ayyash bin Aniq Ayadi. Bila keluar saja anak tu dripada rahim, aku menangis sepuas hati. Menangis macam orang hilang akal. Aku pun tak tahu kenapa. Rasa macam tadi Allah nak tarik nyawa aku. Lepas itu, Allah bagi peluang kedua untuk aku hidup semula dan hilangkan semua kesakitan aku rasa tadi. Rasa lega. Rasa bersyukur. Raa seronok. Bercampur semuanya. Susah nak describe mcam mana perasaan itu. Alhamdulillah. Dan aku tak sangka aku sudah menjadi seorang ibu.

Aku pun rasa penat sangat dan bersedia nak tidur. Midwife datang bagi husband potong tali pusat dan balutkan Ayyash. Bila husband azankan Ayyash, rasa syahdu sangat. Tiba-tiba doktor datang untuk cek koyak. Bila cek, katanya koyak dikategorikan sebagai Third Degree Tare. Kira besar jugaklah. Nak tahu sebab apa? Sebab anak aku 3.9kg. Hahahaha. Dia minta sign untuk epidural digunakan sebelum pembehan jahitan. Aku pun dah tak kisah dah dia nak buat apa kat diri aku time tu. Aku sign dan pesan kat husband tolong jaga anak sampai aku selesai jahitan.

Proses epidural sekejap sahaja. Aku dengar macam-macam yang positif dan negatif tentang epidural. Long term effect and short term effect. Sebab itu aku tak ambil epi masa beranak. Tapi masa jahitan ini aku tak ada piliham lain.

Selesai semuanya, aku ditolak ke bilik ward sementara di mana aku di ajar untuk mengeluarkan susu menggunakan picitan jari. Susah dan sakit! Tapi mengenangkan aku punya tekad nak full breastfeed Ayyash, teruskan juga. Sekurang-kurangnya jauh lebih senang berbanding bersalin. Hahaha.

2 malam juga aku kena tidur ward sebab iron level aku rendah. Sampai aku kena drip masuk iron dalam bentuk cecair. Itulah padahnya malas nak makan vitamin masa mengandung. Nasib baik tak bagi kesan apa-apa pada Ayyash.

Ayyash selesai injection BCG.
Ayyash selesai checkup satu badan.
Aku selesai dengan iron drip dan jahitan.
Badan pun dah rasa sihat.
Aku pun dah reti nak BF anak.

Yeayyy! Boleh keluar hospital. Dan bermulalah episod berpantang anak pertama tanpa mama atau ahli keluarga di sisi. :')

No comments:

Post a Comment