Assalammualaikum.
MALACCANA RESTAURANT.
Restoran ini adalah hasil gabungan idea kami sekeluarga. Bermula daripada Angah yang merupakan graduan UiTM Shah Alam dalam bidang Pengurusan Hotel, bergabung dengan idea Abah yang merupakan businessman tegar!
Abah memilih lokasi di Durian Tunggal, Melaka kerana beberapa faktor. Antaranya di Durian Tunggal masih belum terdapat restoran yang menyajikan makanan barat dan berkonsepkan "fine dining". Kebanyakkan berkonsepkan warung santai. Kedua, abah percaya dan yakin bahawa Durian Tunggal akan bakal menjadi sebuah kawasan maju kerana ia terletak hanya 5 minit dari tol Ayer Keroh.
Pelbagai cabaran yang terpaksa kami tempuhi. Yang paling utama ialah bagaimana untuk memberikan harga yang paling berpatutan dengan menu yang dihidangkan kerana bahan mentah untuk makanan barat adalah mahal, tetapi kebanyakkan pelanggan kami bukannya dari golongan elit. Kedua ialah cara mempromosikan kedai kami kerana kawasan ini masih baru dan tidak terletak di jalan utama.
Namun, itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perniagaan ini. Antara promosi yang telah kami lakukan adalah menggunakan, media cetak seperti flyers dan banner, media massa seperti FB dan Groupon. Post akan datang saya akan ceritakan bagaiman kami mempromosi perniagaan kami menggunakan Groupon! Pecayalah, ia sangat membuahkan hasil. Doakan kami untuk terus maju ya!
This is Malaccana Restaurant.
Located at Durian Tunggal, Melaka.
Served both Western foods and Malay cuisine.
Lets dig in!
Grilled chicken burger with black pepper sauce
Tempura seafood spagetti.
Please LIKE our Facebook page for more information and promotion at:
https://www.facebook.com/malaccana/timeline
InshaAllah kami akan sampai di sana..
ReplyDeletewarga melaka baru
InshaAllah kami akan sampai di sana..
ReplyDeletewarga melaka baru