Tuesday, January 29, 2013

Personality Test

Assalammualaikum.

Hari ini aku ada 5S training. Tahu tak apa itu 5S? Ia ialah 'guidelines' untuk syarikat, supaya dapat meningkatkan produktiviti. Pra-syarat untuk GMP, HACCP dan ISO. Tapi aku tak nak cerita tentang itu. Sebab topiknya memang membosankan. Haha. Cukuplah aku dah kena tiap-tiap minggu pergi training benda alah ini. Aku nak cerita tentang satu kuiz yang diajar oleh instruktor aku semasa kursus 5S tadi.

Sebenarnya Mr Khoo, instruktor tadi, nak sentuh tentang "S" yang kelima iaitu sikap. Jadi, Mr Khoo ajarlah kami satu analisa tentang bagaimana untuk tahu sifat manusia ini. Di dalam sebuat organisasi, sangatlah penting untuk kita dapat tahu tentang sifat pekerja atau rakan sekerja kita. Kenapa? Kerana kita akan dapat kenal pasti kelebihan dan kekurangan mereka, untuk kita letakkan mereka pada jawatan yang dapat memaksimakan kelebihan mereka itu. Faham? Kuiz ini dinamakan LaHay and Littauer Personality System atau 4P! Kenapa 4P? Sila rujuk di bawah.  


Powerful bermakna berkuasa. Kategori ini ialah kebiasaannya seorang ketua. Kalau dalam industri, BOSS lah kan. Popular bermakna orang yang banyak cakap, pandai buat lawak, tak mudah ambil hati, sentiasa senang hati lah. Selalunya, orang begini sesuai untuk jawatan Public Relation, Promoter, DJ / MC. Memang meriahlah bila orang macam ini ada di syarikat anda. Peaceful means a good follower. Orang yang mudah adaptasi dengan kerja yang diberi, sangat penyabar dan berhati-hati. Mereka memang sesuailah buat kerja documentation. Perfect means perfectionist! Semuanya dia akan analisa dengan teliti, ada salah ejaan pun dia akan perasan. Memang sesuai sangat kerja QA. 

Untuk deskripsi yang lebih jelas, sila rujuk di bawah ya:


Kemudian, Mr Khoo tanya di mana anda? Kita tidak mungkin akan berada dalam satu kategori, 100%! Mesti ada sedikit sifat dalam diri kita yang terdapat pada kategori lain. Betul kan? Kerana manusia ini unik. Tidak ada personaliti test yang dapat cover semua perangai-perangai pelik manusia ini.  

Untuk aku, aku rasa aku dalam kategori PERFECT. Sebab masa belajar dulu, apa-apa yang nak dibuat pun, terutama kerja kumpulan, mesti aku akan pastikan aku yang buat final check. Kononnya nak pastikan semuanya perfect lah. Haha. Then, aku memang suka menganalisa semua perkara. Terutama untung rugi, duit keluar masuk. Sampai pecah otak fikir. Padahal bendanya small matter je. Aku  memang 'scheduled' dan 'orderly'. Jadual hujung minggu, aku dah plan hari Isnin. Bila benda tak ikut seperti yang dirancang, mula lah pening kepala memikirkan kenapa. Analisis. Jadi sesuai tak dengan pekerjaan sebagai seorang Feed Technologist? Bolehla dikatakan sesuai sebab kerja ini memerlukan ketekunan dan terlibat banyak juga dengan dokumentasi.

Tapi bak kata Mr Khoo, yang itu majoriti. Mesti ada sifat yang minor percentage dalam kategori yang lain. Jadi, aku rasa ada lah sikit dalam kategori lain-lain. Tips untuk mencari pasangan, pastikan pasangan anda mempunyai major percentage dalam kategori yang berlainan dengan anda! Kalau dua-dua powerful, tak ke pecah dinding rumah? Kalau dua-dua Peaceful, tak ke bisu nanti? Haha. Sebagai pasangan, kita akan melengkapi antara satu sama lain. Jika anda perfectionist, anda akan dapatlah pasangan yang tak berapa tersusun, cuai letak barang, selalu akan tanya anda apa jadual hari ini (sebab dia suka main redah), dan kurang sensitif. Dan itulah In Shaa Allah, bakal suami aku. Haha.

Oleh itu, personaliti test ini bukan sahaja berguna dalam syarikat untuk tahu potensi pekerja masing-masing, juga untuk tahu kelebihan dan kekurangan diri kita, serta tips mencari bakal pasangan hidup. Kalau nak cuba ujian yang lebih detail, bole pergi ke web ini: http://www.aruspex.co.za/personalityTest/PersonalityTest.html.

Selamat mencuba!




Tuesday, January 22, 2013

Reverse Psychology

Assalammualaikum.


Pernah dengar tak tentang perkataan di atas ini? Aku pun pernah dengar juga. Apa yang aku tahy, reverse psychology ini bermakna kita memikirkan hikmah tentang apa yang berlaku ke atas diri kita. Contohnya, bila kita tak dapat A dalam satu subjek, mesti kita akan rasa down. rasa sedih gila. Mesti nak salahkan diri kita sebab tak belajar dengan bersunggug-sungguh. Jadi, reverse psychology dalam situasi ini apabila kita fikirkan pula hikmah kenapa Allah tak bagi kita A. Mungkin Allah mahu uji kita? Mungkin kita yang selama ini sentiasa dapat A tapi tidak pernah bersyukur? Macam itu lah.

Ataupun pernah tengok tak signboard di Kuantan?





Bila kita baca, akan membuatkan kita terfikir kan? Manusia ini, bila kita cakap JANGAN, itulah yang dia nak buat. kan kan?

Tapi Reverse Psychology yang aku nak ceritakan di sini ialah tentang stress kerja. Asyik-asyik cerita tentang kerja kan? Al-maklumlah, diri ini masih belum dapat menyesuaikan diri dengan sesuainya lagi. Haha. Ceritanya macam ini. Selama 2 minggu lebih aku bekerja ini, banyak sangat benda yang aku salah buat. Aku terPECAHkan petri dish, aku tak tulis LABEL yang sangatlah penting, aku terTUMPAHkan pedal ayam yang aku dah potong, aku salah tutup suis. Macam-macam lah.

Satu petang bila driving balik ke rumah, aku rasa stress sangat. Sebab aku rasa dalam kepala ini macam-macam aku kena fikir. Sebab itulah fokus aku semasa bekerja sangat merudum. Bila tiada fokus, berlakulah insiden-insiden seperti di atas. Tapi bila fikir semula, apa yang otak aku ini serabut sangat fikir? Entahlah. Cuma yang aku tahu, aku sentiasa fikir benda lain masa bekerja, dan tepat pukul 5 nak cabut dah. =.=

Aku pasanglah radio Ikim.fm. Kebetulan ada slot ceramah daripada seorang ustaz berkenaan dengan Ibrah Maulidur Rasul. APa itu ibrah? Ibrah itu pengajaran. Lebih spesifik? Silakan Google. Haha. Ustaz itu bawakan satu cerita yang sangatlah terkena batang hidung sendiri.

Ceritanya begini. Ada seorang tukang buat rumah yang sudah agak uzur. Dia bekerja untuk tuannya. Tuannya sangat sayang akan dia kerana si tukang rumah ini merupaka seorang yang jujur dalam bekerja, hasil kerjanya sangat bagus, teliti dan berkualiti. Apabila usianya telah lanjut, isteri si tukang rumah ini menasihatkan supaya suaminya berhenti kerja. Jadi, si suami pun mohonlah untuk berhenti kerja daripada tuannya. Apabila dia berjumpa dengan tuannya, tuannya sangat sedih dengan berita itu.

Sebelum bersetuju dengan permohonannya, tuan menyuarakan satu permintaan. Tuan memohon agar tukang kayu dapat menyiapkan rumah yang terakhir sebelum dia berhenti. Tukang kayu yang tidak sampai hati menolak permintaan tuannya, akhirnya bersetuju. Setelah siap rumah yang dibina itu, kelihatan banyak cacat celanya kerana tukang kayu membuat dalam masa yang pantas. Apabila melihat kecacatan itu, tukang kayu mahu membetulkan semula tetapi dihalang oleh isterinya. Isterinya berkata bahawa tidak akan ada siapa yang perasan dengan kecacatan itu. Jadi tidak perlu betulkannya dan cepat berhenti kerja.

Tukang kayu berjumpa tuannya untuk menyerahkan kunci rumah baru itu. Alangkah terkejutnya tukang kayu apabila tuannya memulangkan kembali kunci itu padanya. Kata tuannya, rumah itu adalah hadiah buat tukang kayu dan isteri di atas segala jasa yang telah tukang kayu berikan selama ini. Teringatkan akan kecacatan rumah itu, tukang kayu dan isterinya terus menjadi insaf.

Jika kita menjadi tukang kayu itu, apa yang akan kita katakan? Laa. bagitahu lah awal-awal. Kalau aku tahu untuk aku rumah itu, mesti aku buat sehabis baik da cantik. Ha! Itulah rupanya penyakit hati yang menyerang hati aku ini. Sebenarnya, apa niat aku pergi bekerja setiap hari? Untuk duit? Pengalaman? Redha Allah? Jika niat kita betul, kita akan berasa tenang dan gembira untuk melakukan sesuatu perkara. Jika kita niatkan untuk duit, duit sahajlah yang kita dapat. Tapi jika kita niatkan untuk redha Allah, akan ada satu kepuasan dalam hati kita untuk melakukan yang terbaik semasa bekerja. Kita akan menjadi bersungguh-sungguh sebab kita tahu, jika kita buat yang terbaik, Allah akan bagi pahala, dan kita yang akan dapat manfaatnya!

Itulah reverse psychology yang aku katakan. Daripada duduk memikirkan stress dan bosannya bekerja, apa kata kita ubah niat kita. Kita redhakan hati ini untuk pergi bekerja. Kita positifkan minda kita untuk melakukan kerja rutin hari ini lebih baik dari semalam. Barulah hati kita akan senang, senyuman juga akan sentiasa terukir. Tidaklah berkerut-kerut dahi itu. Cepat tua tau!





Sunday, January 20, 2013

Kerja oh kerja

Assalammualaikum w.b.t

Masalah mencari kerja merupakan masalah BESAR yang akan dihadapi oleh semua orang bila sudah menamatkan zaman belajar. Aku pun sama. Selama 5 bulan menderita mencari kerja. Macam-macam cara cuba. Tapi alhamdulillah, bermula dari 7 Januari 2013, aku bergelar wanita berkerjaya. haha. Jadi bila dah dapat kerja, kawan-kawan pun tanyalah macam mana nak dapat kerja. 


Oleh itu, di sini aku nak menceritakan apa yang telah aku buat selama 5 bulan untuk mencari kerja. Apa yang paling penting ialah resume anda! Apa yang aku buat ialah tengok semua contoh resume di internet dan contoh resume kawan-kawan. Kalo dulu pernah pergi workshop yang ajar buat resume tu lagi bagus. Bila dah ada, aku buat dua resume. Apa yang beza antara dua resume ni? ALAMAT. Macam aku, aku duduk di Melaka. Tapi aku tahu Melaka memang tak banyak kerja dalam bidang aku ni, jadi aku plan untuk cari kerja di KL. Jadi, aku guna alamat rumah aku di Melaka untuk resume beralamat Melaka, dan guna alamat rumah makcik aku di KL untuk mohon kerja di KL. Kenapa aku buat macam ni? Sebab kebiasaanya, company akan mencari calon yang berasal atau duduk berdekatan dengan tempat kerja mereka tu. Supaya mereka mudah nak datang interview dan takda masalah kena cari rumah if mereka offer kerja nanti.

Kemudian, bila resume dah siap, kenalah buat cover letter pula. Cover letter ini hanyalah surat pendahulan, kira bagi kata-kata pendahuluan untuk kita minta kerja di company tu. Kenelah ada adab juga kan. Tak boleh main hantar je resume. Nanti diorang receive dan tak tahu tujuan resume itu dihantar untuk apa. Format cover letter? Semuanya bisa digoogle saja. hihi. 

Bila dah ada dua resume dan cover letter, aku pun daftar la diri di web yang khas untuk mencari kerja. Banyak dah sekarang. Melambak-lambak. Sampai kena pilih yang betul-betul valid. Aku daftar di Jobstreet.com, Jensjob, JobsMalaysia dan Mudah.com. Aku letak resume yang beralamat KL tu, sebab most of the company memang terletak di KL. Lepas daftar nanti, akan dapatlah iklan-iklan kerja daripada web itu. Jangan pula malas nak apply! Memang rugi lah penat lelah korang mengisi borang tadi tu. :P Kadang-kadang kita akan dapat iklan yang kita rasa NAAAAKKKK sangat dapat job tu. Jadi apa kata korang usaha lebih sikit. Bukan sahaja tekan butang Apply tu, korang ambil alamat/email company dan hantar terus kepada mereka. Aku buat macam ni untuk company yang aku rasa aku nak kerja situ, dan juga company yang berada di Melaka (sebab aku nak hantar resume beralamat Melaka pula. haha)

Selain daripada kita duduk menunggu ada kerja kosong, boleh juga kita hantar terus resume kita ke company-company yang kita memang aim nak kerja di situ. Contohnya macam aku kan bidang Biotech. Jadi aku pun ambil alamat/ email company-company under BiotechCorp, dan company F&B yang aku berminat untuk kerja dengannya. Ada yang aku hantar guna pos, ada yang hantar guna email. Memang lebih RM50 jugaklah modal aku beli sampul surat dan setem. Tapi takpe, itulah pelaburan yang in shaa Allah berbaloi!

Pernah tahu tak Mudah.com tu ada juga buat iklan jawatan kosong? Ha! Aku pun tak pernah tahu. Yang aku tahu, dia buat jualan barang-barang murah. Tapi bila google, rupa-rupanya ada. Banyaakk pula tu. Tapi selalunya job-job yang dioffer taklah yang gaji ribu-ribu sangat. Untuk part-time job, memang aku rekemenkan lah. Tapi ada juga company yang offer good position. Contoh macam aku, ada rezeki aku hari tu, ada company di Melaka offer QC kat Mudah. Aku pun apply dan dia call untuk interview. Alhamdulillah kan. 

Cukuplah dengan internet, sekarang kita beralih dengan kaedah lain iaitu pergilah ke Jobfair or Careerfair. Aku rasa dah 2-3 job fair juga yang aku pergi. Pernah dulu anjuran Pemuda BN di PWTC, then JobsMalaysia. Bila pergi Jobfair, apa yang perlu anda bawa? Fotocopies of resume and cover letter, fotocopies of certificate, original certificate, passport size pictures, and PEN! Selalunya di Jobfair akan ada mock interview, bermakna interview terus untuk kerja di situ. Jadi dokumen-dokumen yang dibawa haruslah lengkap dan pemakaian anda juga sangatlah penting! Pakailah pemakaian yang profesional. Perempuan selalunya berbaju kurung. Nak pakai seluar pun boleh, tapi biarlah nampak formal pakaian tu. Janganlah please please, jangan pakai macam terlalu keremajaan. Anda nak pergi cari kerja, bukan nak pergi tengok wayang. haha.

Selain itu, mintalah tolong pada kawan-kawan, makcik pakcik, cikgu sekolah dulu ke, kawan ayah dan mak kita atau sesiapa yang ada link dengan company tempat kita mahu apply kerja. Sekarang lah waktu yang sangat berguna untuk kita menggunakan link-link ini. Dan sekarang juga lah baru kita sedar yang kita ni pandai bersosial ataupun tidak, luas pergaulan ataupun tidak. Kadang-kadang kena buat muka tak malu je. Masa 5 bulan aku menganggur ni, sebenarnya aku bekerja juga. Sebagai guru sementara. Kontrak dengan sekolah yang pertama selama 2 bulan setengah. Kemudian terus sambung kontrak dengan sekolah kedua selama 2 bulan. Hujung tahun sebenarnya susah juga nak dapat jadi guru ganti, sebab  berderet yang apply. Tapi alhamdulillah, pegawai PPD itu adalah kawan mama dan juga bekas guru sekolah rendah aku. Jadi dia pun tolonglah aku. Jasamu dikenang wahai cikgu Shaari! ^^

Inilah cara-cara mencari kerja yang aku boleh kongsikan untuk semua. Setiap cara yang aku cuba alhamdulillah dapat jugalah panggilan interview. Rasanya 50 yang dohantar, 1 yang tersangkut. hehe. Tapi tak mengapa, itulah namanya rezeki. Pesanan untuk kawan-kawan semua, lebih banyak yang anda apply, lebih tinggi peluang anda untuk dapat. Jadi mestilah rajin! dan gunakan setiap langkat itu dengan betul. In shaa Allah pekerjaan yang diimpikan akan menjadi kenyataan.

Saturday, January 19, 2013

Why you need to stop your worries?

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Akhirnya cubaan untuk menghidupkan kembali blog dapat terlaksana.

Dulu ada blog yang bernama ******. haha. Bukan tak nak bagitau, tapi nanti kontroversi. *bajet retis* Disebabkan hal-hal tertentu, terpaksa ditutup blog itu hingga kini. Then, tak ada rasa nak menulis blog. Tapi, bila En. Vaio sudah seihat kembali, rasa nak menaip laju2 datang semula. Terima kasih En. Vaio!

Kenapa saya pilih nama blog ini "Lets Stop Our Worries"?

Dalam kehidupan ini, kita terlalu banyak masalah. Semua orang ada masalah. Termasuk sekecil-kecil makhluk. Sebagai pelajar, ada masalah belajar. Bila kerja, masalah kerja. Bila kahwin, masalah rumah tangga. Bila ada anak, masalah keluarga. Sampai mati pun ada masalah. Tapi adakah kita perlu hidup dengan sentiasa berada dalam masalah? Otak sentiasa ligat fikir macam mana nak selesaikan masalah? Hari-hari muka kena masam sebab fikirkan masalah. Berkerut-kerut dahi. Mestilah TAK kan?

Saya suka tolong kawan-kawan. Jadi di sini saya akan jadikan sebuah medium untuk berkongsi masalah-masalah umum yang dihadapi kawan-kawan atau manusia sekeliling saya, dan cara untuk kita sama-sama hadapi. Hari ini hari orang lain. Esok lusa mungkin kita kan?

Tujuan lain saya hendak menulis?

1. Mengisi masa lapang. Lebih spesifik, hujung minggu.

2. Menajamkan semula skill mengarang dan memperkayakan tatabahasa.

3. Menambah pendapatan! :P

In shaa Allah. The more we share, the more we understand. Sampaikanlah walau sepotong ayat! ^^