Assalammualaikum.
Alhamdulillah. Tanggal 4 Mei 2013, aku kini sudah bergelar Puan Aliah Zannierah. Macam tak percaya kan? *lempang pipi sikit. hihi* Persiapan yang mengambil masa selama beberapa bulan, sememangnya membantu kami untuk memastikan perjalanan majlis kami lancar.
Entry kali ini, aku nak berkongsi macam mana cara aku memilih vendor kahwin untuk Majlis Perkahwinan aku. Sekarang ini memang melambak-lambak butik perkahwinan, mak andam, pak andam. Semua di hujung jari sahaja. Lepas itu, kepala kita yang pening sebab tak tahu nak pilih macam mana. Yang ini bagi pakej yang lengkap. Yang itu pula murah. Yang sinun pula dekat dengan rumah. Relaks. Relaks. Jom kita tengok satu per satu, cara bagaimana nak memilih vendor yang terbaik buat anda!
Pertama: Macam mana cara anda survey? Kebiasaanya cara yang pertama: INTERNET! Betul tak? Sebab cara inilah yang paling cepat. Aku pun sangat setuju. Aku akan tengok apa benda yang aku perlukan, contohnya aku nak pakai baju songket warna purple untuk majlis sebelah perempuan. Jadi aku pun Google lah fesyen terkini songket pengantin macam mana. Ada bunga tabur lah, songket pahanglah. Macam2. Lepas tu, aku simpan gambar-gambar baju songket itu untuk rujukan masa depan. Next, aku google pula butik yang ada menyewa baju songket purple. Ada yang aku ambil num. phone lepas tu terus call, ada juga aku PM FB diorang. Terus tanya songket warna purple, dan harga sewaan. Bila dah dapat senarai vendor yang ada baju tu, barulah aku pergi kedai tu untuk tengok baju. Ha! Kan dah jimat masa, tenaga dan minyak kereta? Bil telefon & Bil internet, company bayar. Kahkahkah. Dan Alhamdulillah, bila pergi salah satu butik yang aku telefon ni dan berkenan baju itu di hati, aku pun terus decide untuk menyewa nya.
# ini FB nya: https://www.facebook.com/intanhouse?fref=ts
Aku sangat rekemankan pada semua sebab tailor dia memang kreatif! Dan tuan kedai sangat ramah.
Kedua: Cara survey yang semakin popular atau dah menjadi trend sekarang ialah PAMERAN PENGANTIN. Tahun lepas aku rasa pameran pengantin ni dianjurkan dalam 4 bulan sekali. Jadi bila ada pameran tu, memang semangatlah aku nak pergi. Tapi sekarang aku tengok, tiap-tiap bulan pulak ada pameran pengantin. Memang takda maknanyalah aku nak pergi kan.
MEFA ni adalah penganjur yang sangat popular lah yang anjurkan pameran pengantin sekitar Malaysia. Bila pergi pameran pengantin, aku akan kutip semua flyers yang dia bagi dan simpan elok-elok dalam fail. Balik rumah, aku akan belek satu per satu flyers tadi. Yang aku tak perlukan, contohnya flyers bakery kek pengantin, aku terus buang. Jangan banyak-banyak simpan, semak je nanti. Flyers yang mana aku berkenan, aku akan google website atau FB diorang. Kalau agak-agak mahal sangat, terus reject. Hahaha. Kalau yang rasa OK, aku akan call untuk buat appoinment dengan butik itu. Alhamdulillah. Melalui cara ini, aku dapat vendor pelamin untuk majlis belah lelaki yang sangat best. Tuan butik memang sangat ramah dan baik hati, dapat pulak harga yang murah. Memang aku sangat sangat rekemankan untuk semua! Dan juga memang rezeki aku, bila fotografer tarik diri tiga minggu sebelum majlis, aku rujuk semula fail aku untuk cari flyers fotografer sekitar Melaka. Jumpalah flyers dulu-dulu. AKu start contact mereka, dan Alhamdulillah! Allah temukan aku dengan fotografer yang Best! Jadi ingat, lepas majlis baru buang semua flyers itu ok! ^^

# ini FB untuk baju songket purple campur lace, si Puteri Duyung dan Hang Tuah. Hahaha:
# Inilah fotografer yang menyelamatkan majlis aku! https://www.facebook.com/rafikidris?fref=ts.
Ini FB Rafik. Assistant Abg Wan. Abang Wan memang best. Dia banyak guide kitorang masa photoshoot. Biasalah. Dua-dua kan bukan photogenik dan kayu je. Haha.
Ketiga: Cara yang ketiga ialah menggunakan vendor-vendor yang pernah digunakan oleh sesiapa yang terdahulu. Contohnya kakak, abang, sepupu, kawan. Cara yang ini sebenarnya paling selamat sebab kita dah tahu cara vendor itu bekerja macam mana. Dia tepati masa ketika majlis atau tidak, cara kerja dia kemas ke tak, cara bayaran dia macam mana. Memang memudahkan kerja kita. Lagipun kita lebih yakin sebab lebih dipercayai kan? Tapi kadang-kadang tu, kita nak mencari vendor yang baru juga kan? mungkin sebab ada masalah dengan vendor sebelum ni, atau mahukan lebih variasi. Macam aku, aku akui memang banyak gunakan vendor dan barang-barang kakak aku dulu. Kakak aku ni memang bagus, kebanyakkan barang dia beli dan kemudian sewakan. Bila adik-adik nak guna, dah mudah. tak payah beli lain. sebab kebanyakkan benda kan recycle je. Untuk vendor kahwin, aku menggunakan vendor pelamin yang sama dengan akak aku. Untuk catering, abah taknak guna caterer yang sama. Sebab caterer yang dulu banyak masalah. Untuk fotografer pula, pada mulanya memang aku menggunakan orang yang sama. tapi last minit punya masalah, terpaksa cancel dan cari orang lain.
# untuk pelamin, aku pakai orang kampung aku je. Memang murah! Pelaminnya pun walaupun sederhana, tapi bagi aku dah cukup meriah! Dan aku pun saaangaaatt suka pelamin belah lelaki. Pelamin belah lelaki aku ambil dari Butik Tiara. Kak Nini memang best! Ini FB Tiara Bridal:
https://www.facebook.com/pages/Tiara-Bridal-Gallery/169053573140988?fref=ts
# untuk catering pun aku pakai caterer orang kampung aku je. Ayah aku cakap, kita nak tolong orang kampung kita. Lagipun, lebih dekat lebih mudah kan?
# untuk photographer, mula2 aku ambil photographer ni: https://www.facebook.com/tujuhpointdua?fref=ts Memang mudah bekerja dengan diorang. Cuma disebabkan pilihanraya dan mereka terpaksa balik kampung, aku pun terpaksa cari fotografer dari melaka.
Itu saja untuk post kali ni. Aku baru dapat gambar wedding dari photographer hari ni. I.Allah aku akan upload laju-laju untuk tatapan semua! *tak sabar* Lepas ni, aku nak kongsi masalah-masalah yang utama aku hadapi masa persiapan majlis. Yang remeh temeh simpan dalam hati jelah. Dan nak tunjuk barang-barang yang korang boleh sewa! ^^

No comments:
Post a Comment