Assalammualaikum.
Entry ini ditulis selepas aku bergelar isteri sebenarnya. Haha. tapi takpe, setiap masalah yang berlaku sepanjang persiapan perkahwinan, masih segar dalam ingatan aku. Cukup untuk aku ceritakan satu per satu. Supaya jika ada bakal pengantin di luar sana yang menghadapi masalah yang sama, bolehlah jadikan langkah yang aku ambil sebagai rujukan penyelesaian masalah. Kita share kan?
Masalah pertama: Booking terlalu awal. Bila jumpa yang lebih baik, terpaksalah burn deposit. =.=
Kebiasannya kita akan mula survey vendor perkahwinan ini
setahun sebelum majlis. Tapi macam aku, dalam 8 bulan sebelum majlis. Sebab tak
sangka tarikh yang dipilih semasa majlis pertunangan itu dianjak ke depan.
hahaha. Survey itu boleh. Tetapi JANGAN BOOK AWAL SANGAT! Kebiasaanya, bila
kita pergi butik perkahwinan, diorang akan tunjuk lah jadual mereka yang
kononnya sangat pack. Itu sebenarnya permainan psychology. Kemungkinan memang
jadual mereka pack, tapi jangan terus buat confirmation dan letak deposit
terlalu awal. Sekurang-kurangnya bagi diri anda untuk berfikir seminggu dua.
Kita kena berpegang pada prinsip ini: Kalau memang itu rezeki kita, Allah akan
permudahkan. Mengikut pengalaman sendiri, kami survey fotografer dekat pameran
pengantin. Kemudian si tunang terjumpalah kawan lama dia which is a
photographer juga. Disebabkan terlalu excited, dia pun terus booking dan
meletakkan deposit RM100. Aku macam termenung sekejap kenapa dia excited
sangat. T_T Bila dah balik rumah dan kira-kira, memang rasa pakej kawan dia tu
mahal. Terpaksalah burn deposit tu. Haihhh.nasib baiklah sayang. Kalau tak.
Haha. Semenjak itu, kami belajar dari kesilapan. Relaks dulu. Kalau dah pergi
vendor lain tapi hati tetap berkenan pada yang itu, barulah kami letak deposit
dan booking. Dan kalau nak booking tu, janganlah letak deposit banyak sangat! Manalah tahu ada masalah di kemudian hari dan terpaksa juga burn deposit tu, kalau RM100 boleh tahan lagi, kalau RM500 tak ke naya?
Masalah kedua: Vendor tarik diri last minit.
Phewww. Masalah ni paling mencabar sekali masa persiapan kahwin aku. Ceritanya begini. Tarikh kahwin aku ialah 4 Mei & 5 Mei 2013. Tiga minggu sebelum tarikh itu, barulah PM umumkan tarikh Pilihan Raya. Disebabkan kami ini sangat bertuah, PM memilih tarikh perkahwinan kami iaitu 5 Mei 2013. Hahahaha! Orang yang tarik diri disebabkan nak balik kampung mengundi ialah fotografer kami. Nak balik ke Terengganu. Walaupun dah sign agreement, tapi kitorang ni memang tak boleh nak buat apa lah kan? jadi terpaksa cancel dan ambil semula deposit. Aku dah mula tension! Nasib baik dapat support dari suami dan kakak. Diorang pun sibuk tolong tanyakan kawan. Dan aku pun buka semula fail flyers aku, cari dan contact fotografer Melaka satu per satu. Alhamdulillah. Rezeki Allah mudahkan kerja aku. Aku deal dengan Abang Wan daripada Ceritera Cinta. Bagitahu majlis, apa yang aku perlukan dan budget aku. Dia pun setuju dan masalah pun selesai! :D
Masalah ketiga: Baju sewaan hantar lambat. Telefon butik tak angkat-angkat!
Aku memang pantang betul orang yang susah nak angkat telefon ni. Ceritanya begini. Kami sewa baju kahwin belah lelaki di sebuah butik "Embun Klasik" di Bangi. (Memang aku sengaja letak nama butik ni. Sebab sampai sekarang satu perkataan maaf pun tak keluar dari mulut ko.) Kami dah letak deposit dalam 5 bulan sebelum. Jadi lebih kurang sebulan sebelum majlis, kami datang ke butik dia untuk pilih baju perempuan dan fitting baju. Segalanya ok saja. Dan kitorang best borak dengan ownernya sebab kebetulan orang Melaka juga.
Kemudian, 2 minggu sebelum, aku call cakap nak datang butik. Nak test baju yang dia dah outer. Dia cakap belum lagi. tak sempat. Suruh datang minggu depan. Aku pun cakap ok, dan aku nak ambil baju tu seminggu awal. nak bawak balik Melaka.
Next, seminggu sebelum majlis. Aku pun nak datang butik dia untuk ambil baju. Boleh dia cakap baju tu ada orang lain pakai minggu tu! Aku tak kisahlah kalau ada orang lain nak sewa, sebab aku sedar diri aku pun menyewa juga. Tapi kenapa dia tak boleh nak bagitahu aku sebelum ni? Boleh aku sewa baju yang lain atau tukar hari nak ambil baju kan? Aku minta untuk ambil hari Selasa sebab memang aku nak balik Melaka Selasa tu. Dia cakap ok.
Isnin aku mesej dia tak reply. Selasa aku mesej dia tak reply. Petang Selasa lepas exam aku call dia angkat. Dia cakap baju masih di dry cleaning. Takpe. Nanti dia hantar terus ke Melaka esok atau Khamis sebab dia pun nak balik mengundi. Aku still boleh terima.
Rabu aku mesej dia tak reply. Khamis aku mesej baru dia reply. Dia cakap dia sampai malam. Disebabkan sampai pukul 11 malam. suami jelah pergi ambil. Tak kuasa aku.
Bila dapat baju, TAKDA ACCESSORIES! Bila tanya, dia cakap takda dalam bil. Bangang kan? Orang sewa baju memanglah sekali dengan accessories. Tak pernah aku pergi butik perkahwinan yang dia sewakan baju saja tanpa accessories. Bila minta rantai dan tiara, dia ambil dari kereta campak kan atas meja. Kurang ajar kan? Dahlah kasut pun dia tak bagi. Nasib baik aku memang beli kasut sendiri untuk pakai masa nikah.
Masa pagi Ahad, nak pakai baju tu. Seluar untuk lelaki KOYAK tengah! Pergh. Memang berapi betul aku time tu. Nasib baik mama ada. Mama jahitkan tak sampai 5 minit. Thank you Mama!
Dan Selasa lepas, aku pergi pulangkan baju dia. Senyum pun tidak. Aku bagitahu pasal koyak seluar tu. Dia cuma cakap, Oh yeke. Baju tu dari dry cleaning. tak tahu plak. Perkatan terima kasih atau sorry langsung tak keluar dari mulut dia. Memang aku BLACKLIST terus butik ni!
Bukan nak memburukkan, tapi ini cerita sebenar. Ikut koranglah untuk fikir mana baik dan buruk ya.
Masalah lain bagi aku biasa. Contohnya masalah Tak Cukup Duit. Memang masa nak kahwin sentiasa tak cukup duit. Jadi berjimat cermat ok. Bila berjimat cermat, makan pun kita akan berjimat. Indirectly dapat mengurangkan satu masalah lagi sebelum kahwin iaitu Masalah Berat Badan. Hahaha. Tapi I.Allah aku akan share nanti apa terjadi bila aku menghadapi dua masalah ni. Serabut oi.
Apa yang penting, hadapi setiap masalah dengan tenang dan senyuman. Sentiasa sabar. Kenapa kena bersabar?
Dekatkan diri pada Allah, dekatkan diri dengan keluarga. Kalau ada masalah, jangan simpan seorang diri. Cerita pada tunang anda atau ahli keluarga anda. Mungkin masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah sebenarnya. Dan percayalah! Masalah ini sebenarnya yang akan menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara suami isteri, menjadi kenangan manis untuk kita kenang selepas perkahwinan nanti. :')