Thursday, February 21, 2013

Kerja VS Belajar

Assalammualaikum.



Ha. Cuba tengok gambar ni, mesti dah tahu kan dilema apa yang akan aku kongsikan dalam post ni. Hehe.
Sebagai seorang yang baru habis belajar, soalan yang paling BOSAANNN yang kita kena jawab ialah; "Dah kerja ke? ke Sambung Belajar?" Kadang-kadang tu rasa macam nak rekod jawapan universal kita kan; "Rancangnya nak kerja. Belum ada rezeki lagi." tak pun; "Nak sambung belajar. Masih tunggu intake akan datang". Untuk jawapan di atas, orang yang telah buat decision untuk kerja atau sambung belajar sahaja yang akan bagi jawapan macam tu. Jangan terkejut kalau ada yang bagi jawapan; "Tak tahu lagi lah. Apply je semua. Tengok mana yang ada rezeki." Itu bermakna orang itu masih belum buat keputusan untuk kerja atau sambung belajar. Yang lagi berat kalau orang yang bagi jawapan; "Tak tahu lagi lah. Nak berehat dulu sekarang." Petiuhhhh. Yang ni memang kronik! T_T

Okay. sememangnya kita masa belajar tak nampak apa yang bestnya kerja, atau apa yang buruknya kerja. Yang kita tahu, kerja dapat duit. Tapi kerja penat. Sebenarnya macam-macam lagi kebaikan dan keburukan bagi mereka yang bekerja atau sambung belajar.

Pertama; macam biasalah. Zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit. Bila bekerja, akan dapat duit. Bila belajar, hanya dapat elaun belajar. Sama ada PTPTN atau JPA. Duit elaun dengan duit gaji mestilah tak sama jumlahnya kan. Kebanyakkan kawan-kawan aku memilih untuk bekerja sebab mereka nak membantu menyara keluarga. Bagus kan? Selalunya yang adik-beradik ramai, mak ayah dah pencen. Jadi mereka pilih untuk bekerja dahulu, kemudian barulah sambung belajar. Tapi kena ingat, bukan semua pekerjaan gajinya besar. Memang lepasan degree standard gaji sekarang 1800 ke atas. Tapi kalau kita dapat kerja yang sambilan atau part-time, atau kerja-kerja biasa contoh kerja McD, stesen minyak, jaga kedai makan, mestilah tak dapat gaji sebanyak tu kan. Nak dapat kerja yang tawarkan gaji sebanyak tu pulak bukan senang. Persaingan tinggi! Semuanya kena fikir tuh! ( Cara-cara nak cari kerja, anda boleh refer pada post http://ladiesworries.blogspot.com/2013/01/kerja-oh-kerja.html )

Selain desakan hidup, desakan nak kahwin juga salah satu faktor yang menyebabkan seseorang tu kena kerja. Contoh terdekat: aku. hahaha. Tapi jarang orang ada dilema yang ni. Sebab kita hanya akan plan nak kahwin bila dah bekerja, dah kumpul duit kan? Kes aku ni terbalik. Belum dapat kerja, dah sibuk nak kahwin. Hahaha. Tapi alhamdulillah. Allah bagi aku pekerjaan yang tetap dah elok, rezeki nak kahwin juga tau! :P

Kedua; bila kita bekerja, kita akan banyak menggunakan tenaga sama ada fizikal atau otak. Ini bergantung pada nature job itu sendiri. Macam aku kerja di makmal, memang banyak menggunakan kekuatan fizikal. Sebab kena berdiri sentiasa, lepas tu angkat sample-sample dan chemical yang berat. Buat pipetting sampai menggigil tangan. Huishhh. Dahsyat kan penatnya. :P Tapi ada kerja, contohnya kerja pejabat yang lebih memerlukan kekuatan mental. Kerja memang duduk je, tapi memandang komputer sentiasa, filing itu ini. Penat penat. Tapi yang bestnya bila bekerja, masalah kerja cuma dihadkan untuk difikirkan di tempat kerja saja. Keluar dari company, semua dah hilang dari otak. Bila malam tetap tidur nyenyak. Tapi bila belajar, malam lah waktu nak buat assignment yang melambak-lambak. Kena study setiap hari. Kena menghafal, membaca. Banyak pakai kekuatan mental. Tekana pun lebih juga sebab kita sentiasa nak memastikan pointer kita tinggi kan. tekanan tekanan. :P

Ketiga, bila bekerja, kita sebenarnya yang lebih cepat menjadi matang. Kenapa? kerana pergaulan di tempat kerja dan pergaulan di universiti lain. Di tempat kerja, kita akan bekerja dengan orang-orang yang lebih tua daripada kita, yang kebanyakkan sudah bekeluarga. Macam di makmal aku, aku seorang je yang belum kahwin. yang lain semua umur dah almost 30, dah bekeluarga. Bila kita berkawan dengan orang yang dah bekeluarga, fikiran kita akan lebih cepat matang. Kita akan kurangkan hiburan-hiburan remaja, dan lebih fikirkan tentang masa depan kita. Cara kita berpakaian dan cara kita bercakap pun boleh berubah ke arah lebih matang. Kalau masa belajar dulu biasalah kan, ramai-ramai pergi tengok movie, shopping, makan, berjalan seharian untuk seronok-seronok. Duit elaun habis macam tu je. Pakaian pula ikut trend sentiasa. Huhu. T_T Mula-mula dulu aku pun rasa kekok, tapi bila dah kenal dengan kakak-kakak makmal ni, mereka sebenarnya sporting! Tapi aku rasa macam selamat, sebab macam ada mama dengan kak lang yang sentiasa jaga kesihatan dan keselamatan aku, dan tegur aku bila buat salah. :) 

Kebanyakkan kawan-kawan aku yang memilih untuk sambung belajar sebab mereka tak dapat kerja yang sesuai dengan degree mereka, ataupun mereka nak jadi researcher atau lecturer. Siapa taknak belajar tinggi-tinggi kan, sampai Master atau PhD. Tapi kita kena tengok juga apa sebenarnya pekerjaan yang kita nak. Kalau kita nak jadi lecturer atau researcher yang sememangnya memerlukan tenaga pekerja yang memiliki sijil peringkat tinggi ni, memang patutlah kita terus sambung belajar. Kalau boleh straight terus sambung bila habis degree, jangan lengah-lengah. Kalau dapat fast-track Degree-PhD lagi bagus! Tetapi kalau kita berhajat untuk bekerja dalam industri sebagai Quality Control, R & D Officer, Microbiologist, Biotechnologist dan sebagainya (aku bagi contoh pekerjaan yang related dengan aku ye.), pekerjaan yang tidak memerlukan sijil peringkat tinggi, jadi sebaiknya bekerjalah dahulu. Sebab pekerjaan seperti ini tidak memerlukan sijil di peringkat yang terlalu tinggi; cukuplah dengan Degree; dan lebih memerlukan PENGALAMAN kerja anda dan sijil-sijil kursus profesional! Itu lebih bernilai!

Macam aku, aku pun kadang-kadang tak tahu nak jadi apa. Terus terang ni. Tapi yang aku tahu, aku nak smabung Master. Nak sempurnakan impian Abah tercinta. Jadi aku akan sambung master walaupun patah hati tahun lepas dah. sob sob. :'( Aku sememangnya minat dengan Food Technology atau Food Biotechnology. Dua-dua suka! Jadi memang plan nak sambung Master dalam bidang ini. Alhamdulillah bila dapat peluang bekerja di syarikat F&B, aku dapat lihat skop lebih besar untuk bidang yang aku minat ni. Dalam bidang ni sebenarnya tak memerlukan aku untuk belajar tinggi, tapi lebih memerlukan pengalaman yang lama dan sijil-sijil kursus profesional. Kursus profesional ni contohnya sijil GMP, HACCP, ISO, Internal Audit dan lain-lain lagi yang sekarang aku sedang kumpul bila bekerja di company FFM. Plannya, tetap dengan Master (In shaa Allah, kalau ada rezeki), dan kerja harus diteruskan. Kumpul sijil banyak-banyak, pungut pengalaman sementara waktu masa ada. Yang penting, Jangan luputkan cita-cita dari hati dan Teruskan Berusaha!

Nasihat aku untuk semua, decide dahulu pekerjaan apa yang anda minat. Nak tahu minat ke tak, sila jawab soalan ini:

"Siapa anda dalam masa 10 tahun dari sekarang?"

Kemudian, pilihlah cara yang terbaik untuk mencapai cita-cita itu. Terdapat terlalu banyak cara untuk berjaya. Buatlah keputusan yang realistik! Jangan hanya ikut trend, atau ikut kawan. Anda dan dia tidak sama. Ingat, langkah pertama hari ini adalah untuk masa depan anda!



Wassalam.

Monday, February 18, 2013

Memilih calon?

Assalammualaikum.

Bila menjelang tahun baru, ramailah kawan-kawan aku yang akan berkahwin. termasuklah aku juga. eheh.  Ada kawan-kawan yang kenal rapat dengan aku, tahu akan status aku yang bakal bertukar. In shaa Allah. Ada kawan-kawan yang sudah bertunang, bakal bertunang, bakal berkahwin, tahniah diucapkan. Doakan kebahagiaan bersama. Namun ada juga kawan-kawan yang masih mencari, masih memilih. Siap ada list nama, tak nak je terus pangkah. haha. Dan soalan cepumas yang mereka selalu bertanya; "macam mana kau boleh pilih dia?"; "kau tak takut ke kau salah pilih?". 

Disebabkan aku ini BAKAL berkahwin, bukannya SUDAH berkahwin; tak berapa layak sebenarnya nak menjawab soalan-soalan sebegitu adjektif. Tapi disebabkan niat nak membantu kawan-kawan yang dalam dilema, dan untuk meyakinkan mereka untuk berani melangkah ke alam perkahwinan, aku akan cuba juga menjawab. Berdasarkan pengalaman dan tahap pemikiran aku yang sedikit ini ye.  

Bila memilih seorang lelaki untuk menjadi suami; (suami tau, tak nak boyfriend or pakwe ni. kita sudah matang! :p) macam-macam kriteria juga yang aku kenalpasti *muka serius* :



Pertama: aku akan tengok latar belakang keluarganya. Orangnya yang baik-baik kah? StatusAda perbezaan darjat tak? hehe. Kemudian, cara dia melayan keluarga dia terutama mama dia. Sebab apa? Sebab mama dia merupakan perempuan yang pertama dia kenal, dia sayang, paling penting dalam hidupnya. Jika dia melayan wanita sepenting itu dengan cara yang sangat menyejukkan hati, I.Allah, begitu jugalah nanti dia akan melayan bakal isterinya yang akan menjadi wanita kedua terpenting dalam hidupnya. Faham? Jika dia ada adik atau anak buah, kita boleh tengok cara dia melayan anak-anak kecil. Jadi dari situ kita boleh bayangkan nanti dia sebagai seorang suami dan ayah dalam kehidupan yang bakal dibina. Alhamdulillah, aku suka tengok cara bakal suami aku ni treat mama dia dan anak buah dia. Dia seorang anak yang patuh (tapi akan bersuara apabila perlu) dan suka akan budak-budak. :)))

Kemudian, aku akan lihat pada latar belakang pendidikannya. Disebabkan aku ini tak lah banyak sangat ilmu, jadi aku kena mencari seseorang yang lebih berilmu, untuk menjadi rujukan sepanjang hidup bersama nanti. Nama pun Imam keluarga kan? Ilmu itu kena seimbang; akhirat atau ilmu agama dan dunia. Dia mestilah mempunyai latar belakang ilmu agama yang baik dan dia juga mengamalkan ilmu agama itu dalam kehidupan sehariannya. Contoh yang paling mudah dengan melihat bagaimana dia menjaga solatnya, bagaimana dia membaca alQuran atau apa yang dia suka dengar di radio. Jangan ada ilmu, tapi tak gunakan. Ish ish ish. Tak elok kan? Selain ilmu agama, ilmu dunia juga perlu diambil kira. Dia perlu ada latar belakang pendidikan yang bagus. SPM? Diploma? Degree? Doctor? atau ahli muzik? Haha. Latar belakang pendidikan akan membentuk cara pemikiran dan komunikasi seseorang. Bukannya memandang rendah pada yang kurang rendah tahap pendidikannya, tapi ini untuk keserasian bersama juga nanti. 


Bila sudah melihat pada pendidikan, mestilah kita akan memandang pada kerjaya lelaki itu pula kan? Pilihlah lelaki yang kita yakin dapat menyara kehidupan kita nanti selepas berkahwin, sehingga akhir hayat. Bila hal ini, kita kena jadi realistik! Kita hidup sekarang dalam zaman yang semuanya memerlukan duit. Jangan cakap cinta dah cukup, tak perlu duit dah. Makan cinta tu pun dah kenyang. Anda salah! Sememangnya duit bukan segalanya, tetapi duit juga menjadi punca kepada kebanyakkan pergaduhan dan perceraian rumah tangga. Jadi ingat, be realistic! Macam aku, bakal suami bukanlah kerja yang hebat pun. Tetapi aku yakin bahawa satu hari nanti, dia akan menjadi seorang yang hebat dalam kerjayanya. Kenapa? Sebab dia ada visi dan misi yang jelas dalam hidupnya, dia mahu berjaya step-by-step, dan dia RAJIN untuk sentiasa memperbaiki diri untuk berjaya. Itu yang penting kan?

Aku bukanlah perempuan yang tak kisah dari segi paras rupa. hoho. Ampun. Sesungguhnya aku memang memilih dari segi fizikal juga. Hahaha. Aku suka lelaki yang putih dan tinggi! Dari sekolah lagi aku memang minat kawan-kawan atau senior lelaki yang putih dan tinggi. Bukan lelaki K-pop tau, lelaki melayu tetapi berwarna kulit cerah dan tinggi. chewah. Tapi tak pernah la lelaki yang berfizikal macam taste aku ni membalas minat aku terhadapnya. :((( Alhamdulillah. Allah bagi aku bakal suami I.Allah yang menepati ciri-ciri fizikal yang dikehendaki. hihi! Suke suka suka! :p Penting tau ciri fizikal ni, sebab kita nak tengok pasangan kita tu sampai tua. Mestilah nak yang sedaaappp mata memandang kan? 

Sebenarnya 4 kriteria ini ada disebut di dalam hadith (betulkan aku jika salah); 

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannyakecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Hartanya = Kerjaya; Keturunan = Keluarga; Kecantikan = Paras rupa; Agama = Pendidikan. Perempuan pun boleh guna kriteria-kriteria ini untuk memilih bakal suami juga. Bukan limited pada lelaki saja. :) 

Kini kurang dari 90 hari untuk aku bertukar status. Aku yakin untuk menerima dia sebagai bakal imam aku. Dia memenuhi segala kriteria yang telah mama dan abah, dan aku tetapkan. Dia juga sangat menghormati dan menyayangi diri ini. Mama selalu pesan; Pilih lelaki yang sukakan kita, bukan lelaki yang kita suka. Faham tak? Bermakna pilihlah lelaki yang benar-benar menyayangi kita. Yang sanggup berkorban demi kita. Bukan lelaki yang kita suka atau minat. Kerana minat itu boleh dipupuk. Dan bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi kan? Jangan lupa teruskan berdoa, solat Hajat, dan solat Istikharah; mohon dipandu hati ini kepada keputusan yang tepat. In Shaa Allah.


Wassalam.