Monday, November 11, 2013

Program Pasca Siswazah Mara. Terima kasih Mara!

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.




Walaupun sudah beberapa bulan berada di Leeds, UK, tapi hati masih tak percaya akhirnya berjaya sampai ke sini. Sekarang sudah officially menjadi pelajar MSc of Food Science (Food Biotechnology) di University of Leeds. Terharu! Sangat terharu sebab cita-cita semenjak sekolah akhirnya tercapai, berbangga dapat memenuhi impian Abah & Mama. :') Dan suami pula menjadi pelajar "lagi" di University of Manchester. 

Bila bagitahu kawan-kawan, soalan yang pertama mereka akan tanya ialah "scholar ke?"

Mesti sebab aku budak pandai dulu kan. Hahahaha.

Sebenarnya MARA yang bagi aku peluang untuk belajar kali ini. Masa undergrad, aku merupakan pelajar tajaan JPA. Kemudian, memang aku nak apply JPA juga untuk Master kali ini. Tapi rezeki tidak menyebelahi aku. Tapi alhamdulillah, back-up plan aku ada. Aku apply MARA sekali time tu. Dan rezeki aku pada MARA.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk memohon penajaan MARA ke luar negara; harap post ini akan dapat membantu. :)

Bulan Mac 2013, MARA buka permohonan untuk Program Pasca Siswazah untuk Pelajar Luar Negara. Kena mohon online sahaja. Hanya lengkapkan borang dan hantar. Kat sini aku letakkan linknya: http://online05.mara.gov.my/pasca2013/

Syarat-syaratnya boleh baca di sini: 

Akhir bulan 4, keputusan MARA keluar dan alhamdulillah permohonan aku diluluskan! Stage 2 ialah mengambil "Physchometric Test". Ujian ini tak susah mana pun; objektifnya hanyalah untuk menilai jatidiri kita sebagai seorang pelajar, berbangsa Melayu, beragama Islam dan berwarganegara Malaysia. Jadi jawablah sejujur mungkin. :) Sebenarnya tarikh ujian ini ialah 4 hari sebelum tarikh majlis perkahwinan aku! Memang bersejarah betul. Tengah sibuk-sibuk buat last minute preparation, dengan dapat cuti kahwin lambat, bakal pengantin pergi ambil ujian dulu. Memang kenangan manis!

Keputusan ujian pun keluar selepas 3 minggu. Jadi pertengahan Mei, aku pun dapatlah keputusan peperiksaan. Memang berdebar sangat masa tu. Sebab aku dan suami mohon bersama-sama. Stage 1 sama-sama lepas. Dan Alhamdulillah, stage 2 pun kami sama-sama berjaya! Memang menangis masa tu. Sebab tak sangka dapat pergi sambung belajar sama-sama. :') Sepatutnya ada Stage 3 iaitu interview. Tapi tahun ni MARA tak buat interview, mungkin kerana terlalu ramai pelajar yang dia ambil. Tak mengapalah. Aku pun suka takda interview ni. Muehehehe.

Bila dah lepas semuanya, MARA akan bagi arahan kita untuk bagi dokumen-dokumen yang diperlukan. Jangan risau, semunya akan di'update' di internet. Tapi kalau ada masalah, terjah je pejabatnya di Bangunan Mara di Jalan Raja Laut.

Untuk batch kami, pengambilan pelajar terlalu ramai. Pegawai yang in-charge pula baru ditukarkan ke bahagian pasca. Jadi memang agak kelam kabut. Huhu.

Bulan 6: Aku dah submit semua dokumen yang diperlukan.

Bulan 8: Aku uruskan Visa (guna duit sendiri dahulu) dan berhenti kerja. Untuk yang bekerja di area Selangor atau KL, tak perlu berhenti awal-awal sebab kononya nanti sibuk nak uruskan untuk ke luar negara. I.Allah boleh timing elok-elok. Rugi gaji! :p Dalam bulan ni, husband aku memang banyak kali turun naik MARA. Sebab tanya status BTN dan perjanjian. =.= Dan bulan ini jugaklah raya. Dahla raya pertama sebagai husband and wife. Memang kalut bulan ni! Hahahaha.

3/9: Nama aku baru dipanggil untuk BTN.

11/9: Aku dapat perjanjian yang perlu diisi, dimatikan dan dihantar semula ke Pejabat MARA dalam masa seminggu. Kami terus beli tiket flight (Guna duit sendiri juga. Tapi jangan risau, semua ini boleh diclaim semula dengan MARA nanti.)!

16/9: Aku fly ke UK.

Awal Oktober: Duit MARA untuk 6 bulan perbelanjaan masuk ke akaun. Alhamdulillah!

Terima kasih MARA kerana membantu saya memenuhi impian saya dan keluarga. Jasamu amat dihargai. :') Itu saja untuk post kali ini. Harap membantu! :)

Monday, June 10, 2013

PIES: Physical, Intellectual, Emotional, Spiritual

Assalammualaikum.

Semalam driving balik dari kerja, memang favourite aku untuk dengar program Usrah Rohani di Ikim.fm. Best! Rasa rinduuu sangat nak berusrah semula. Macam di UIA dulu. Sekarang masih mencari usrah yang paling hampir dengan rumah, dan masa yang sesuai. Almakllumlah, sudah berumahtangga. :P

Topik yang ustaz bincangkan semalam ialah Ibrah Isra' dan Mi'raj. Ustaz mengupas dari sudut memberi rehat untuk diri sendiri setelah bekerja setiap hari. Setiap hari kita akan bekerja. Bekerja dan terus bekerja. Ada sebaagian daripada kita yang memandang karier yang dilakukan amat penting dan menganggap jika kita sentiasa bekerja tanpa henti, bermakna kita seorang yang komited dalam kerja kita.

Salah sebenarnya!

Ustaz bawakan konsep "Sharpen the saw". Jika seorang tukang kayu, yang kerjanya setiap hari adalah memotong kayu dengan gergaji. Setiap hari dia melakukan kerjanya tanpa henti. Lama-kelamaan, gergajinya akan tumpul. Jika dia tidak mengambil masa rehat untuk menajamkan semula gergajinya tadi, adakah kerjanya akan terus efisien?

Tidak!

Kerana gergajinya akan semakin tumpul, maka kerjanya akan menjadi lambat dan kualiti kerjanya menurun!

Begitu juga dengan dakwah Rasulallah s.a.w. Setiap hari Nabi saw berdakwah kepada umatnya. Dan Allah mengangkat Nabi untuk peristiwa Isra' dan Mi'raj untuk apa? Untuk memberi masa "rehat" yang berkualiti untuk Nabi saw. Dan selepas rehatnya itu, barulah Allah mendatangkan ujian-ujian dakwah yang lebih berat kepada Nabi saw.

Apabila kita sebagai seorang manusia terlalu sibuk dengan tugas seharian, adakah jadual kita itu seimbang dari segi Physical, Intellectual, Emotional dan Spiritual?

PIES. bukan pie yang ini ok. 



 yes. PIES yang ini!

Mudah untuk kita kaji adakah kita seimbang atau tidak. Ustaz memberikan 4 soalan yang kita seharusnya tanya pada diri kita setiap hari. Atau setiap masa sebelum membuka lembaran hari atau minggu atau bulan yang baru.

(Physical) Jika anda disahkan oleh doktor yang anda menghidap penyakit kencing manis, apa yang anda akan lakukan?

Pastinya anda akan terus mengubah cara hidup anda (bersenam dan gaya pemakanan) kepada yang lebih sihat bukan?

(Intellectual) Jika anda mengetahui bahawa idea-idea anda, pendapat, ilmu yang anda miliki sekarang sudah tidak relevant untuk digunakan dalam masa 2 tahun lagi. Apa yang anda akan lakukan?

Sekarang juga kita akan membaca buku setiap hari, dan menggunakan kemudahan internet untuk menambah ilmu di dada.

(Emotional) Jika setiap apa yang terdetik di hati dan fikiran anda, yang anda tidak sebut pun pada orang lain, tetapi orang lain dapat mendengar atau tahu akannya. Apa yang anda akan lakukan?

Semestinya kita akan terus berhenti memperkatakan yang buruk terhadap orang lain, mengumpat, dengki, buang semua penyakit hati. Dan sentiasa bersangka baik kepada orang lain.

(Spiritual) Jika anda tahu bila anda akan mati, apa yang anda akan lakukan? Apa bekalan pahala yang anda akan tinggalkan? Apa ilmu yang anda telah sampaikan? Apa sumbangan yang telah anda berikan?

Esok? lusa? Sekarang juga kita akan memperbanyakkan ibadah kepada Allah, minta maaf pada orang lain! Menutup aurat dengan sempurna. Berbakti kepada masyarakat. Ikhlas dan jujur ketika bekerja. MashaAllah!


          Aspek kehidupan yang jatuh dalam kategori masing-masing 

Oleh itu, tepuk dada tanyalah iman. Setiap hari kita perlu seimbangkan keempat-empat aspek di atas. Barulah kita akan menjadi seorang muslim yang sempurna!

Azab bagi kaum wanita di neraka

Assalammualaikum.

Sekadar perkongsian untuk muhasabah diri bersama.




Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis mankala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis. 

Beliau menjawab, "Pada malam aku di isra'- kan, aku melihat perempuan- perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya." Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuandigantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?" 

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. 

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan. Ramadhan hampir tiba. Jom mulakan enjin tambah ibadah, cantikkan peribadi kita! 


Monday, May 27, 2013

:)

If you still need me, then I will do anything to get you no 

matter how! because that is how important you are in my 

life" 

A simple quote but with deep meaning. Retrieved back from my old blog. 
Thanks to Mr. Aniq Ayadi. :)


Me love you! gedik. haha

Friday, May 17, 2013

Handmade photobooth props!

Assalammualaikum.

Percaya tak kalau aku cakap aku buat sendiri props photobooth aku? Tak kan? *geleng-geleng kepala* Aku pun tak percaya aku mampu buat dia dalam masa 2 jam. hahaha. Masa minggu terakhir sebelum majlis, aku dah decide nak tempah je photobooth. Tapi semuanya mahal bukan main. Tapi hati nak juga ada photobooth.

Then aku pun decide untuk cari props yang comel-comel di Google. Terima kasih pakcik G! Lepas dah kumpul props yang aku suka, aku minta tolong suami print kan. Satu kertas A3 harganya RM4. Dalam satu A3 dapat dalam 5 props. Print dua pun dah cukup!

Balik rumah, aku ambil kertas cardboard hitam baki adik aku buat projek architechture dia. Gunting-gunting. tampal-tampal. Ambil lidi sate mama kat dapur. Dan SIAP!






Barulah comel sikit. hihi. Aci tak kalau nak sewakan juga props ni? hahaha.

Tempahan hantaran bunga hidup.

Assalammualaikum.

Mencari di mana untuk menempah tempahan bunga hidup? Aku ada suggestion tempat tempahan yang sememangnya berbaloi-baloi! Orangnya ialah makcik suami aku. Dialah yang buatkan hantaran untuk tunang dan kahwin belah lelaki. Kedua-duanya bunga hidup. Memang aku teruja sangat bila dapat. Walaupun aku balas dengan bunga mati saja. T_T

Untuk hantaran kahwin kali ni, menggunakan bunga kekwa hijau dan ros putih. Bau dia, harum masyaAllah! Sirih junjung tu mama siap jadikan bunga meja untuk seminggu. Kira tahan lama juga lah! Tahan lama atau tidak sebenarnya bergantung kepada jenis bunga dan cara bunga tu digubah. Bila dah habis majlis, rasa sayang sangat nak buang. Letak dalam air. Tapi beberapa hari dah layu. Selamat tinggal bungaku. :'(








Selain hantaran, makcik juga terima tempahan bungan tangan. Fresh flower warna pink. OMG! Bestnya kan? Aku memang suka sangat sangat! Alhamdulillah. Rezeki aku dapat posing dengan fresh flower. Dan cara gubahan dia pun sangat menarik. Aku suka sebab bunganya besar. Tak ada yang kuncup-kuncup tak sempat kembang. Menyerlah gitu.


Untuk tempahan, boleh melalui aku ok. Sebab aku belum minta permission makcik nak letak nama dan nombor fon dia kat blog ni. huhu. Boleh email aku di: lyazannierah@gmail.com. :D

Tempahan dan sewaan bekas hantaran

Assalammualikum.

Masa majlis perkahwinan, hantaran akan menjadi antara fokus utama sang fotografer. Semua nak hantaran yang mewah-mewah, havoc. Atas kristal lah. Berlampu-lampu. Bunga hidup. Tapi lepas tu, buang. Hahaha. Hantaran aku pula? Cerita dia memang best.

Mula-mula semangat nak guna fresh flower ORKID. Sebab aku sangat suka orkid. Kebetulan tema kahwin warna purple. Lagilah aku semangat kan? Dan dah decide yang kakak aku akan settlekan bab hantaran. Aku cuma perlu bagi barang saja. Best kan. Tapi seminggu sebelum majlis, bekas hantaran pun tak beli lagi. Bunga lagilah belum. Semua orang sibuk. Aku dah mula risau. Tak ada siapa ke nak buatkan hantaran aku? huhuhu. T_T

Hari Khamis, kakak aku keluar pergi beli bekas hantaran. Hari Jumaat aku dengan kakak ipar keluar beli bunga. nak beli bunga hidup? Alamak. mahal sangat. tak berbaloi. Belilah bunga mati. tapi bunga mati yang nampak macam hidup (kena pandai pilih tau) dan semestinya ORKID! suka. suka! Dan siapa yang decorate hantaran aku? Bila balik dari shopping, kitorang kumpulkan semua barang. Jumaat malam Sabtu (which is esoknya majlis), abang aku aka angah yang buatkan. Memang terbaik!

Bila bangun tidur, rasa macam nak nangis sebab tengok hantaran cantik sangat. Dan tengok angah dan kak Su tidur sangat nyenyak sebab deko hantaran sampai jan 2.30pagi. terima kasih angah dan kaksu! :')








Bila tunjuk gambar, semua tanya. Bunga hidup ke? Mahal tak bunga orkid hidup? Aku hanya mampu tersenyum. Taklah. Bunga mati je. Tapi tangan ajaib yang tolong deco. Itu yang nampak eksklusif. :p

Bekas hantaran dan paha dibuka untuk sewaan. Tapi mesti tak nampak bekasnya kan. Aku akan buat post yang lain, fokus pada bekas hantaran ok. Dan untuk tempahan hantaran sekitar Melaka, boleh email aku ok: lyazannierah@gmail.com.


Tempahan beading veil dan sewaan veil

Assalammualaikum.

Untuk majlis nikah, aku guna veil turun-temurun sebenarnya. Sebab veil tu kakak aku beli masa dia nak kahwin. Then aku pakai masa tunang, dan teruskan mewarisi masa nikah. Jimat. Tapi untuk nikah, kononya taknak nampak sama dengan gambar masa tunang. Jadi aku tempah heavy beading untuk veil tu.

Cari punya cari. Aku survey harga. Semuanya atas RM100. Aku kalau boleh nak cari bawah RM100. Tapi rasa putus harapan dah. Bila aku bagitahu masalah remeh temah ni kat mama, mama bagi suggestion yang memang terbaik.

Mama dengar kak Fiza anak Cik Jameah tu jahit manik untuk baju Cik Jameah. Cik Jameah selalu tunjuk baju dia kat mama. Cantik juga Kak Fiza jahit. Cuba adik tanya dia. Mana tahu dia nak tolong. Aku pun terus contact kak Fiza. Tak ada nombor phone. Tak ada FB. Macam mana? Aku inbox kakak ipar dia minta FB kak Fiza. Then inbox kak Fiza minta nombor phone. Set date and time. Terus jumpa!

Nak senang, print terus contoh gambar beading veil yang nak. Terus tunjuk kat kak Fiza. Dan kak Fiza pun kata boleh! Alhamdulillah! Dan inilah hasilnya. sangat berpuas hati. Dan harganya memang murah. Memang dibawah budget saya. itu yang penting! hahaha.




Sorry. tak ada gambar yang fokus veil lah. Takpe. Nanti balik rumah aku gayakan semula dan tangkap gambar. hehe.

Untuk tempahan veil, boleh cari FB Kak Fiza: Pza Heart. Kalau susah, email je kat aku. Nanti aku salurkan kepada dia. Dan kalau berminat untuk sewaan veil, boleh email aku: lyazanierah@gmail.com.


Wedding gown saya. :D

Assalammualaikum.

Mari sini semua. Kita cuci mata. Aku nak share gambar baju nikah, sanding belah lelaki dan belah perempuan yang dipilih! Sangat berkenan di hati aku. Alhamdulillah ^^


Dah nikah! Alhamdulillah.
Baju nikah sebenarnya ditempah sendiri. Harga tempahan RM90 sahaja! Kain mak mertua belikan 
dari Bandung. Baju lelaki pula dari Jakel. Samping sendiri. :p 



Baju disewa dari Butik Intan di Selayang. 
Sangat suka sebab teringin sangat nak pakai songket. Tapi taknak songket yang fesyen bunga satu-satu tu. 
Demand kan? :p Songket ni namanya songket bunga tabur. En. Suami nampak sangat keHang Tuah nya. hahaha.


Sebenarnya nak zoom heavy beads yang asa di perut ku. Memang glamour! *perasan!* haha.
Tapi tak sangka perutku boleh se'straight' begini masa kahwin. ^^


Gambar ni nak tunjuk pandangan dari belakang. Kain dia ala-ala duyung gitu. Bukan dugong tau.
Meleret-meleret sikit. barulah bersih laman rumah abah! =D


Majlis belah lelaki nak pakai gown macam princess kononnya! Jadi pilihlah suit & gown.


Closeup gambar heavy beading di bahu, badan dan hujung lengan. Veil pun heavy beading
guna beading yang sama dengan baju.


Dan kain semestinya kena meleret! i loike. haha!

Tips sikit. kalau anda rasa badan anda berisi (macam saya. T_T), pilih baju yang cutting badan sikit. Jangan terlalu ketat, jangan terlalu longgar. Jangan pakai gown yang labuh-labuh. Sebab akan menampakkan anda lagiiii gemuk! Kalau anda kurus, memang sesuai pakai yang labuh-labuh dan design yang macam dress princess tu. Sebab akan menampakkan anda berisi sedikit.

Kahwin hanya sekali. Jadi buatlah pilihan yang laing tepat. Bagi perempuan, baju merupakan item paling penting masa kahwin nanti. Sebab semua orang akan puji baju anda dulu sebelum yang lain bila jumpa nanti. huhu. Tapi ingat! Aurat tetap wajib dijaga. Jangan sebab kahwin hanya sekali, semua syarat boleh langgar. No. No. No. Survey dulu habis-habisan. then baru decide ok! ^^



Wednesday, May 15, 2013

Wedding pictures from Ujai!

Assalammualaikum.


\
Alhamdulillah! First received wedding pictures from Uzairi! *excited* Dia memang talented bab photography ni. Cuma masih belum menceburi bidang bisnes. Nak contact dia? Cari FB: Zairi Zaidi.





Suka! Suka! Suka! ^______________________^

p/s: Props photobooth dalam gambar tu dibuat khas oleh diri sendiri tau. Nanti nak open untuk disewa! 

Monday, May 13, 2013

Jom survey vendor perkahwinan!

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Tanggal 4 Mei 2013, aku kini sudah bergelar Puan Aliah Zannierah. Macam tak percaya kan? *lempang pipi sikit. hihi* Persiapan yang mengambil masa selama beberapa bulan, sememangnya membantu kami untuk memastikan perjalanan majlis kami lancar. 

Entry kali ini, aku nak berkongsi macam mana cara aku memilih vendor kahwin untuk Majlis Perkahwinan aku. Sekarang ini memang melambak-lambak butik perkahwinan, mak andam, pak andam. Semua di hujung jari sahaja. Lepas itu, kepala kita yang pening sebab tak tahu nak pilih macam mana. Yang ini bagi pakej yang lengkap. Yang itu pula murah. Yang sinun pula dekat dengan rumah. Relaks. Relaks. Jom kita tengok satu per satu, cara bagaimana nak memilih vendor yang terbaik buat anda!

Pertama: Macam mana cara anda survey? Kebiasaanya cara yang pertama: INTERNET! Betul tak? Sebab cara inilah yang paling cepat. Aku pun sangat setuju. Aku akan tengok apa benda yang aku perlukan, contohnya aku nak pakai baju songket warna purple untuk majlis sebelah perempuan. Jadi aku pun Google lah fesyen terkini songket pengantin macam mana. Ada bunga tabur lah, songket pahanglah. Macam2. Lepas tu, aku simpan gambar-gambar baju songket itu untuk rujukan masa depan. Next, aku google pula butik yang ada menyewa baju songket purple. Ada yang aku ambil num. phone lepas tu terus call, ada juga aku PM FB diorang. Terus tanya songket warna purple, dan harga sewaan. Bila dah dapat senarai vendor yang ada baju tu, barulah aku pergi kedai tu untuk tengok baju. Ha! Kan dah jimat masa, tenaga dan minyak kereta? Bil telefon & Bil internet, company bayar. Kahkahkah. Dan Alhamdulillah, bila pergi salah satu butik yang aku telefon ni dan berkenan baju itu di hati, aku pun terus decide untuk menyewa nya. 


Aku sangat rekemankan pada semua sebab tailor dia memang kreatif! Dan tuan kedai sangat ramah.

Kedua: Cara survey yang semakin popular atau dah menjadi trend sekarang ialah PAMERAN PENGANTIN. Tahun lepas aku rasa pameran pengantin ni dianjurkan dalam 4 bulan sekali. Jadi bila ada pameran tu, memang semangatlah aku nak pergi. Tapi sekarang aku tengok, tiap-tiap bulan pulak ada pameran pengantin. Memang takda maknanyalah aku nak pergi kan.


MEFA ni adalah penganjur yang sangat popular lah yang anjurkan pameran pengantin sekitar Malaysia. Bila pergi pameran pengantin, aku akan kutip semua flyers yang dia bagi dan simpan elok-elok dalam fail. Balik rumah, aku akan belek satu per satu flyers tadi. Yang aku tak perlukan, contohnya flyers bakery kek pengantin, aku terus buang. Jangan banyak-banyak simpan, semak je nanti. Flyers yang mana aku berkenan, aku akan google website atau FB diorang. Kalau agak-agak mahal sangat, terus reject. Hahaha. Kalau yang rasa OK, aku akan call untuk buat appoinment dengan butik itu. Alhamdulillah. Melalui cara ini, aku dapat vendor pelamin untuk majlis belah lelaki yang sangat best. Tuan butik memang sangat ramah dan baik hati, dapat pulak harga yang murah. Memang aku sangat sangat rekemankan untuk semua! Dan juga memang rezeki aku, bila fotografer tarik diri tiga minggu sebelum majlis, aku rujuk semula fail aku untuk cari flyers fotografer sekitar Melaka. Jumpalah flyers dulu-dulu. AKu start contact mereka, dan Alhamdulillah! Allah temukan aku dengan fotografer yang Best! Jadi ingat, lepas majlis baru buang semua flyers itu ok! ^^

# ini FB untuk baju songket purple campur lace, si Puteri Duyung dan Hang Tuah. Hahaha:

# Inilah fotografer yang menyelamatkan majlis aku! https://www.facebook.com/rafikidris?fref=ts.
Ini FB Rafik. Assistant Abg Wan. Abang Wan memang best. Dia banyak guide kitorang masa photoshoot. Biasalah. Dua-dua kan bukan photogenik dan kayu je. Haha.

Ketiga: Cara yang ketiga ialah menggunakan vendor-vendor yang pernah digunakan oleh sesiapa yang terdahulu. Contohnya kakak, abang, sepupu, kawan. Cara yang ini sebenarnya paling selamat sebab kita dah tahu cara vendor itu bekerja macam mana. Dia tepati masa ketika majlis atau tidak, cara kerja dia kemas ke tak, cara bayaran dia macam mana. Memang memudahkan kerja kita. Lagipun kita lebih yakin sebab lebih dipercayai kan? Tapi kadang-kadang tu, kita nak mencari vendor yang baru juga kan? mungkin sebab ada masalah dengan vendor sebelum ni, atau mahukan lebih variasi. Macam aku, aku akui memang banyak gunakan vendor dan barang-barang kakak aku dulu. Kakak aku ni memang bagus, kebanyakkan barang dia beli dan kemudian sewakan. Bila adik-adik nak guna, dah mudah. tak payah beli lain. sebab kebanyakkan benda kan recycle je. Untuk vendor kahwin, aku menggunakan vendor pelamin yang sama dengan akak aku. Untuk catering, abah taknak guna caterer yang sama. Sebab caterer yang dulu banyak masalah. Untuk fotografer pula, pada mulanya memang aku menggunakan orang yang sama. tapi last minit punya masalah, terpaksa cancel dan cari orang lain. 

# untuk pelamin, aku pakai orang kampung aku je. Memang murah! Pelaminnya pun walaupun sederhana, tapi bagi aku dah cukup meriah! Dan aku pun saaangaaatt suka pelamin belah lelaki. Pelamin belah lelaki aku ambil dari Butik Tiara. Kak Nini memang best! Ini FB Tiara Bridal:
https://www.facebook.com/pages/Tiara-Bridal-Gallery/169053573140988?fref=ts

# untuk catering pun aku pakai caterer orang kampung aku je. Ayah aku cakap, kita nak tolong orang kampung kita. Lagipun, lebih dekat lebih mudah kan?

# untuk photographer, mula2 aku ambil photographer ni:  https://www.facebook.com/tujuhpointdua?fref=ts                  Memang mudah bekerja dengan diorang. Cuma disebabkan pilihanraya dan mereka terpaksa balik kampung, aku pun terpaksa cari fotografer dari melaka.

Itu saja untuk post kali ni. Aku baru dapat gambar wedding dari photographer hari ni. I.Allah aku akan upload laju-laju untuk tatapan semua! *tak sabar* Lepas ni, aku nak kongsi masalah-masalah yang utama aku hadapi masa persiapan majlis. Yang remeh temeh simpan dalam hati jelah. Dan nak tunjuk barang-barang yang korang boleh sewa! ^^







Banyaknya masalah nak kahwin. *sigh*

Assalammualaikum.

Entry ini ditulis selepas aku bergelar isteri sebenarnya. Haha. tapi takpe, setiap masalah yang berlaku sepanjang persiapan perkahwinan, masih segar dalam ingatan aku. Cukup untuk aku ceritakan satu per satu. Supaya jika ada bakal pengantin di luar sana yang menghadapi masalah yang sama, bolehlah jadikan langkah yang aku ambil sebagai rujukan penyelesaian masalah. Kita share kan?


Masalah pertama: Booking terlalu awal. Bila jumpa yang lebih baik, terpaksalah burn deposit. =.=

Kebiasannya kita akan mula survey vendor perkahwinan ini setahun sebelum majlis. Tapi macam aku, dalam 8 bulan sebelum majlis. Sebab tak sangka tarikh yang dipilih semasa majlis pertunangan itu dianjak ke depan. hahaha. Survey itu boleh. Tetapi JANGAN BOOK AWAL SANGAT! Kebiasaanya, bila kita pergi butik perkahwinan, diorang akan tunjuk lah jadual mereka yang kononnya sangat pack. Itu sebenarnya permainan psychology. Kemungkinan memang jadual mereka pack, tapi jangan terus buat confirmation dan letak deposit terlalu awal. Sekurang-kurangnya bagi diri anda untuk berfikir seminggu dua. Kita kena berpegang pada prinsip ini: Kalau memang itu rezeki kita, Allah akan permudahkan. Mengikut pengalaman sendiri, kami survey fotografer dekat pameran pengantin. Kemudian si tunang terjumpalah kawan lama dia which is a photographer juga. Disebabkan terlalu excited, dia pun terus booking dan meletakkan deposit RM100. Aku macam termenung sekejap kenapa dia excited sangat. T_T Bila dah balik rumah dan kira-kira, memang rasa pakej kawan dia tu mahal. Terpaksalah burn deposit tu. Haihhh.nasib baiklah sayang. Kalau tak. Haha. Semenjak itu, kami belajar dari kesilapan. Relaks dulu. Kalau dah pergi vendor lain tapi hati tetap berkenan pada yang itu, barulah kami letak deposit dan booking. Dan kalau nak booking tu, janganlah letak deposit banyak sangat! Manalah tahu ada masalah di kemudian hari dan terpaksa juga burn deposit tu, kalau RM100 boleh tahan lagi, kalau RM500 tak ke naya?

Masalah kedua: Vendor tarik diri last minit.

Phewww. Masalah ni paling mencabar sekali masa persiapan kahwin aku. Ceritanya begini. Tarikh kahwin aku ialah 4 Mei & 5 Mei 2013. Tiga minggu sebelum tarikh itu, barulah PM umumkan tarikh Pilihan Raya. Disebabkan kami ini sangat bertuah, PM memilih tarikh perkahwinan kami iaitu 5 Mei 2013. Hahahaha! Orang yang tarik diri disebabkan nak balik kampung mengundi ialah fotografer kami. Nak balik ke Terengganu. Walaupun dah sign agreement, tapi kitorang ni memang tak boleh nak buat apa lah kan? jadi terpaksa cancel dan ambil semula deposit. Aku dah mula tension! Nasib baik dapat support dari suami dan kakak. Diorang pun sibuk tolong tanyakan kawan. Dan aku pun buka semula fail flyers aku, cari dan contact fotografer Melaka satu per satu. Alhamdulillah. Rezeki Allah mudahkan kerja aku. Aku deal dengan Abang Wan daripada Ceritera Cinta. Bagitahu majlis, apa yang aku perlukan dan budget aku. Dia pun setuju dan masalah pun selesai! :D

Masalah ketiga: Baju sewaan hantar lambat. Telefon butik tak angkat-angkat!

Aku memang pantang betul orang yang susah nak angkat telefon ni. Ceritanya begini. Kami sewa baju kahwin belah lelaki di sebuah butik "Embun Klasik" di Bangi. (Memang aku sengaja letak nama butik ni. Sebab sampai sekarang satu perkataan maaf pun tak keluar dari mulut ko.) Kami dah letak deposit dalam 5 bulan sebelum. Jadi lebih kurang sebulan sebelum majlis, kami datang ke butik dia untuk pilih baju perempuan dan fitting baju. Segalanya ok saja. Dan kitorang best borak dengan ownernya sebab kebetulan orang Melaka juga. 

Kemudian, 2 minggu sebelum, aku call cakap nak datang butik. Nak test baju yang dia dah outer. Dia cakap belum lagi. tak sempat. Suruh datang minggu depan. Aku pun cakap ok, dan aku nak ambil baju tu seminggu awal. nak bawak balik Melaka.

Next, seminggu sebelum majlis. Aku pun nak datang butik dia untuk ambil baju. Boleh dia cakap baju tu ada orang lain pakai minggu tu! Aku tak kisahlah kalau ada orang lain nak sewa, sebab aku sedar diri aku pun menyewa juga. Tapi kenapa dia tak boleh nak bagitahu aku sebelum ni? Boleh aku sewa baju yang lain atau tukar hari nak ambil baju kan? Aku minta untuk ambil hari Selasa sebab memang aku nak balik Melaka Selasa tu. Dia cakap ok.

Isnin aku mesej dia tak reply. Selasa aku mesej dia tak reply. Petang Selasa lepas exam aku call dia angkat. Dia cakap baju masih di dry cleaning. Takpe. Nanti dia hantar terus ke Melaka esok atau Khamis sebab dia pun nak balik mengundi. Aku still boleh terima.

Rabu aku mesej dia tak reply. Khamis aku mesej baru dia reply. Dia cakap dia sampai malam. Disebabkan sampai pukul 11 malam. suami jelah pergi ambil. Tak kuasa aku.

Bila dapat baju, TAKDA ACCESSORIES! Bila tanya, dia cakap takda dalam bil. Bangang kan? Orang sewa baju memanglah sekali dengan accessories. Tak pernah aku pergi butik perkahwinan yang dia sewakan baju saja tanpa accessories. Bila minta rantai dan tiara, dia ambil dari kereta campak kan atas meja. Kurang ajar kan? Dahlah kasut pun dia tak bagi. Nasib baik aku memang beli kasut sendiri untuk pakai masa nikah.

Masa pagi Ahad, nak pakai baju tu. Seluar untuk lelaki KOYAK tengah! Pergh. Memang berapi betul aku time tu. Nasib baik mama ada. Mama jahitkan tak sampai 5 minit. Thank you Mama!

Dan Selasa lepas, aku pergi pulangkan baju dia. Senyum pun tidak. Aku bagitahu pasal koyak seluar tu. Dia cuma cakap, Oh yeke. Baju tu dari dry cleaning. tak tahu plak. Perkatan terima kasih atau sorry langsung tak  keluar dari mulut dia. Memang aku BLACKLIST terus butik ni!

Bukan nak memburukkan, tapi ini cerita sebenar. Ikut koranglah untuk fikir mana baik dan buruk ya.

Masalah lain bagi aku biasa. Contohnya masalah Tak Cukup Duit. Memang masa nak kahwin sentiasa tak cukup duit. Jadi berjimat cermat ok. Bila berjimat cermat, makan pun kita akan berjimat. Indirectly dapat mengurangkan satu masalah lagi sebelum kahwin iaitu Masalah Berat Badan. Hahaha. Tapi I.Allah aku akan share nanti apa terjadi bila aku menghadapi dua masalah ni. Serabut oi.

Apa yang penting, hadapi setiap masalah dengan tenang dan senyuman. Sentiasa sabar. Kenapa kena bersabar?
Dekatkan diri pada Allah, dekatkan diri dengan keluarga. Kalau ada masalah, jangan simpan seorang diri. Cerita pada tunang anda atau ahli keluarga anda. Mungkin masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah sebenarnya. Dan percayalah! Masalah ini sebenarnya yang akan menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara suami isteri, menjadi kenangan manis untuk kita kenang selepas perkahwinan nanti. :')






Wednesday, March 6, 2013

What he can do when he is in love. :)

Assalammualaikum.

Post kali ini sebenarnya agak sentimental. :P Zaman sekarang, banyak perempuan yang masih belum berkahwin walaupun usia sudah lanjut. Bila ditanya kenapa; jawapan yang skema:

1. Tak ada calon!
2. Baru start kerja. Nak kumpul duit banyak-banyak dulu. Ataupun nak sambung belajat sampai tahap melangit hebatnya.
3. Banyak tanggungjawab yang lebih penting, contohnya anak sulung.
4. Lelaki sekarang... KO! Susah nak cari yang baik.

Yang lain aku setuju. Tapi nombor 4 aku kurang setuju. Sebab sememangnya ada sebahagian lelaki yang kurang sesuai dijadikan calon suami, sama juga macam perempuan kan. Bukan semua yang sesuai nak dijadikan calon isteri. Tetapi percayalah! Lelaki yang sangat sesuai menjadi calon suami juga bilangannya ramai!

Kalau dilihat pada tajuk entry kali ini, aku nak bercerita tentang perkara-perkara yang seorang lelaki mampu lakukan apabila dia jatuh cinta, fall in love atau memang tangkap cintan dengan seorang perempuan. Pernah dengar kan: Lautan berapi sanggup ku redah, Gunung yang tinggi sanggup ku tawan. Puihhhh. haha! Cerita-cerita ini berdasarkan pengalaman sendiri dan juga orang lain yang aku pernah dengar.

Pertama; sanggup bergadai nyawa untuk seorang wanita. Aku pernah ada pengalaman seorang kawan, yang sanggup kena kelar dekat bahu sebab nak selamatkan tunangnya. Diorang dalam kereta, berhenti untuk isi minyak. Tiba-tiba, datang motorsikal yang dinaiki 2 pemuda. Seorang pergi cermin sebelah driver, lagi seorang kat driver. P=DIorang pecahkan tingkap guna hammer, keluarkan pisau. Lelaki tu pun tangkup badan dia atas badan tunang dia, jadi lelaki tu lah yang kena pisau. Ngeri kan? Tapi bila dengar, menitis air mata rasa. Ini baru my superhero! :D

Kedua; sanggup menjaga ketika sakit yang tahap menyusahkan orang lain. Pengalaman sendiri lah kan. Dulu ingat lagi waktu demam and semput. Aku ada athma, jadi bila athma datang menyerang, memang dia datang dengan pakej. En. tunang sanggup tadah muntah aku yang warna-warni dengan tangan! Pastu muntah jatuh kat dalam kereta dia, sanggup lap sendiri. Hantar aku pergi klinik untuk inhaler. Bayarkan pulak tu. Yang paling tak boleh lupa, sanggup driving malam2 yang perjalanan ambil masa 3 jam lebih hanya nak jaga aku yang sakit untuk separuh hari. Memang cair hati aku dibuatnya. Setiap kali aku bergaduh dengan dia, mesti ingat jasa dia ni. Bukan senang nak jumpa orang yang sanggup jaga kita masa susah kan? :')

Ketiga; sanggup berkorban wang ringgit. Yang ni tak payah mentionlah kan. Memang ramai gila dah orang buat macam ni. Ada certain orang dia akan cakap; "Bolehla. dia tu memang kaya. Setakat bagi hadiah Iphone 5 tu, tak ada apa2 pengorbanan pun." Soalannya; "Kau boleh tengok hati dia ke sama ada ikhlas atau tak?", "Kalau dia macam tu, semua perempuan dia dah bagi Iphone 5. Kenapa perempuan tu seorang je?" dan paling best; "Ke kau jealous sebab tak dapat tackle dia?". Janganlah tuduh orang melulu. Bukan semua lelaki macam tu. Tapi kalau dah siasat, memang dia lelaki dasar buaya. Tinggalkan jelah. Iphone 5 tu ambil! Rezeki tau. haha.

Keempat; sanggup tukar kerja atau berhenti kerja. Pekerjaan sangatlah penting bagi seorang lelaki. Ada lelaki yang tak kahwin sebab sibuk sangat bekerja. Jadi bila dia boleh tukar kerja atau berhenti kerja hanya disebabkan seorang perempuan, fuhhh..kagum! Kawan aku nak belajar overseas. Jadi dia akan duduk di sana setahun. Setahun je pun. Sebelum pergi, dia akan kahwin dulu. Jadi bakal suaminya yang kerja di Malaysia ni memang sanggup ambil unpaid leave untuk teman isteri dia belajar kat sana. Sanggup cari kerja yang cikai-cikai kat sana untuk tanggung hidup. Sweet kan? Kalau aku jadi isteri dia tu, aku pun sanggup kerja sambil belajar supaya dapat ringankan kewangan suami. Mana tahu boleh terus hidup kan sana kan?

Macam-macam cerita lagi sebenarnya. Ada yang sanggup turun naik mahkamah membela isteri, yang sanggup menjaga anak-anak menggantikan isteri, ada yang mendermakan organ. Apa yang aku nak mention kat sini, seorang lelaki ini sebenarnya berhati mulia. Dia sanggup melakukan apa sahaja, selagi tidak melanggar hukum hakam Islam demi seorang yang disayanginya. Tak semestinya isteri, mungkin anak atau ibu mereka. Dan bagi aku, aku akan sentiasa doakan jodoh aku dan en tunang kekal hingga berkahwin, dan hingga ke syurga. Banyak sungguh jasa yang dia dah taburkan, tak mampu nak dibalas. Dan aku nak dia tahu, dia sentiasa super hero di hati aku. :)))



p/s: dia macam superman! aku panggil bila-bila masa je, mesti dia sampai. :D



Thursday, February 21, 2013

Kerja VS Belajar

Assalammualaikum.



Ha. Cuba tengok gambar ni, mesti dah tahu kan dilema apa yang akan aku kongsikan dalam post ni. Hehe.
Sebagai seorang yang baru habis belajar, soalan yang paling BOSAANNN yang kita kena jawab ialah; "Dah kerja ke? ke Sambung Belajar?" Kadang-kadang tu rasa macam nak rekod jawapan universal kita kan; "Rancangnya nak kerja. Belum ada rezeki lagi." tak pun; "Nak sambung belajar. Masih tunggu intake akan datang". Untuk jawapan di atas, orang yang telah buat decision untuk kerja atau sambung belajar sahaja yang akan bagi jawapan macam tu. Jangan terkejut kalau ada yang bagi jawapan; "Tak tahu lagi lah. Apply je semua. Tengok mana yang ada rezeki." Itu bermakna orang itu masih belum buat keputusan untuk kerja atau sambung belajar. Yang lagi berat kalau orang yang bagi jawapan; "Tak tahu lagi lah. Nak berehat dulu sekarang." Petiuhhhh. Yang ni memang kronik! T_T

Okay. sememangnya kita masa belajar tak nampak apa yang bestnya kerja, atau apa yang buruknya kerja. Yang kita tahu, kerja dapat duit. Tapi kerja penat. Sebenarnya macam-macam lagi kebaikan dan keburukan bagi mereka yang bekerja atau sambung belajar.

Pertama; macam biasalah. Zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit. Bila bekerja, akan dapat duit. Bila belajar, hanya dapat elaun belajar. Sama ada PTPTN atau JPA. Duit elaun dengan duit gaji mestilah tak sama jumlahnya kan. Kebanyakkan kawan-kawan aku memilih untuk bekerja sebab mereka nak membantu menyara keluarga. Bagus kan? Selalunya yang adik-beradik ramai, mak ayah dah pencen. Jadi mereka pilih untuk bekerja dahulu, kemudian barulah sambung belajar. Tapi kena ingat, bukan semua pekerjaan gajinya besar. Memang lepasan degree standard gaji sekarang 1800 ke atas. Tapi kalau kita dapat kerja yang sambilan atau part-time, atau kerja-kerja biasa contoh kerja McD, stesen minyak, jaga kedai makan, mestilah tak dapat gaji sebanyak tu kan. Nak dapat kerja yang tawarkan gaji sebanyak tu pulak bukan senang. Persaingan tinggi! Semuanya kena fikir tuh! ( Cara-cara nak cari kerja, anda boleh refer pada post http://ladiesworries.blogspot.com/2013/01/kerja-oh-kerja.html )

Selain desakan hidup, desakan nak kahwin juga salah satu faktor yang menyebabkan seseorang tu kena kerja. Contoh terdekat: aku. hahaha. Tapi jarang orang ada dilema yang ni. Sebab kita hanya akan plan nak kahwin bila dah bekerja, dah kumpul duit kan? Kes aku ni terbalik. Belum dapat kerja, dah sibuk nak kahwin. Hahaha. Tapi alhamdulillah. Allah bagi aku pekerjaan yang tetap dah elok, rezeki nak kahwin juga tau! :P

Kedua; bila kita bekerja, kita akan banyak menggunakan tenaga sama ada fizikal atau otak. Ini bergantung pada nature job itu sendiri. Macam aku kerja di makmal, memang banyak menggunakan kekuatan fizikal. Sebab kena berdiri sentiasa, lepas tu angkat sample-sample dan chemical yang berat. Buat pipetting sampai menggigil tangan. Huishhh. Dahsyat kan penatnya. :P Tapi ada kerja, contohnya kerja pejabat yang lebih memerlukan kekuatan mental. Kerja memang duduk je, tapi memandang komputer sentiasa, filing itu ini. Penat penat. Tapi yang bestnya bila bekerja, masalah kerja cuma dihadkan untuk difikirkan di tempat kerja saja. Keluar dari company, semua dah hilang dari otak. Bila malam tetap tidur nyenyak. Tapi bila belajar, malam lah waktu nak buat assignment yang melambak-lambak. Kena study setiap hari. Kena menghafal, membaca. Banyak pakai kekuatan mental. Tekana pun lebih juga sebab kita sentiasa nak memastikan pointer kita tinggi kan. tekanan tekanan. :P

Ketiga, bila bekerja, kita sebenarnya yang lebih cepat menjadi matang. Kenapa? kerana pergaulan di tempat kerja dan pergaulan di universiti lain. Di tempat kerja, kita akan bekerja dengan orang-orang yang lebih tua daripada kita, yang kebanyakkan sudah bekeluarga. Macam di makmal aku, aku seorang je yang belum kahwin. yang lain semua umur dah almost 30, dah bekeluarga. Bila kita berkawan dengan orang yang dah bekeluarga, fikiran kita akan lebih cepat matang. Kita akan kurangkan hiburan-hiburan remaja, dan lebih fikirkan tentang masa depan kita. Cara kita berpakaian dan cara kita bercakap pun boleh berubah ke arah lebih matang. Kalau masa belajar dulu biasalah kan, ramai-ramai pergi tengok movie, shopping, makan, berjalan seharian untuk seronok-seronok. Duit elaun habis macam tu je. Pakaian pula ikut trend sentiasa. Huhu. T_T Mula-mula dulu aku pun rasa kekok, tapi bila dah kenal dengan kakak-kakak makmal ni, mereka sebenarnya sporting! Tapi aku rasa macam selamat, sebab macam ada mama dengan kak lang yang sentiasa jaga kesihatan dan keselamatan aku, dan tegur aku bila buat salah. :) 

Kebanyakkan kawan-kawan aku yang memilih untuk sambung belajar sebab mereka tak dapat kerja yang sesuai dengan degree mereka, ataupun mereka nak jadi researcher atau lecturer. Siapa taknak belajar tinggi-tinggi kan, sampai Master atau PhD. Tapi kita kena tengok juga apa sebenarnya pekerjaan yang kita nak. Kalau kita nak jadi lecturer atau researcher yang sememangnya memerlukan tenaga pekerja yang memiliki sijil peringkat tinggi ni, memang patutlah kita terus sambung belajar. Kalau boleh straight terus sambung bila habis degree, jangan lengah-lengah. Kalau dapat fast-track Degree-PhD lagi bagus! Tetapi kalau kita berhajat untuk bekerja dalam industri sebagai Quality Control, R & D Officer, Microbiologist, Biotechnologist dan sebagainya (aku bagi contoh pekerjaan yang related dengan aku ye.), pekerjaan yang tidak memerlukan sijil peringkat tinggi, jadi sebaiknya bekerjalah dahulu. Sebab pekerjaan seperti ini tidak memerlukan sijil di peringkat yang terlalu tinggi; cukuplah dengan Degree; dan lebih memerlukan PENGALAMAN kerja anda dan sijil-sijil kursus profesional! Itu lebih bernilai!

Macam aku, aku pun kadang-kadang tak tahu nak jadi apa. Terus terang ni. Tapi yang aku tahu, aku nak smabung Master. Nak sempurnakan impian Abah tercinta. Jadi aku akan sambung master walaupun patah hati tahun lepas dah. sob sob. :'( Aku sememangnya minat dengan Food Technology atau Food Biotechnology. Dua-dua suka! Jadi memang plan nak sambung Master dalam bidang ini. Alhamdulillah bila dapat peluang bekerja di syarikat F&B, aku dapat lihat skop lebih besar untuk bidang yang aku minat ni. Dalam bidang ni sebenarnya tak memerlukan aku untuk belajar tinggi, tapi lebih memerlukan pengalaman yang lama dan sijil-sijil kursus profesional. Kursus profesional ni contohnya sijil GMP, HACCP, ISO, Internal Audit dan lain-lain lagi yang sekarang aku sedang kumpul bila bekerja di company FFM. Plannya, tetap dengan Master (In shaa Allah, kalau ada rezeki), dan kerja harus diteruskan. Kumpul sijil banyak-banyak, pungut pengalaman sementara waktu masa ada. Yang penting, Jangan luputkan cita-cita dari hati dan Teruskan Berusaha!

Nasihat aku untuk semua, decide dahulu pekerjaan apa yang anda minat. Nak tahu minat ke tak, sila jawab soalan ini:

"Siapa anda dalam masa 10 tahun dari sekarang?"

Kemudian, pilihlah cara yang terbaik untuk mencapai cita-cita itu. Terdapat terlalu banyak cara untuk berjaya. Buatlah keputusan yang realistik! Jangan hanya ikut trend, atau ikut kawan. Anda dan dia tidak sama. Ingat, langkah pertama hari ini adalah untuk masa depan anda!



Wassalam.